Resipi Cornflakes Pedas Yang Betul Betul Mudah Dan Sedap. Suami Pun Boleh Buat Ni!

Share

Selain biskut raya, kerepek serta snek ringan lain turut menjadi pilihan ibu-ibu untuk disajikan pada tetamu di pagi raya. Sebagai contoh, snek dari Cornflakes pedas ini juga boleh dimakan pada hari biasa selain raya.

Ha buat ibu-ibu yang nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Rezal Mansor  

ini. Jom cuba!


Satu kuih raya dah siap.. Cornflakes pedas..
Taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing..
Tadi tiada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari.. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi kalau bubuh kacang goreng jugak jika nak tambah..

Snek Cornflakes Pedas

Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.