Resipi Churros Paling Simple, Ibu Senang Nak Buat & Anak Comfirm Suka!

Share

Menyediakan menu baharu dan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga tentu sahaja menjadi antara perkara yang memberi rasa keterujaan buat ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika menu tersebut menjadi kegemaran anak-anak dan suami.

Jadi apa kata hujung minggu ini ambil peluang untuk sajikan menu nan satu ni, menu churros yang mudah disediakan dan enak dimakan.

Jom semak bahan dan cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Ezani ini.


Aktiviti men”churros” for breakfast!! Ada byk variasi resepi churros (donat spanish/mexican yg garing). Resepi yg saya guna simple sgt suami saya boleh buat sendiri.

Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula dan serbuk kayu manis (optional)

Cara buat :
1) Didihkan air dan 1 sudu besar minyak dalam periuk. Sementara itu ayakkan tepung bersama gula dan garam.
2) Bila air menggelegak masukkan semua sekali campuran tepung yang diayak tadi ke dalam air. Tutup api dan kacau dengan senduk kayu laju2 sehingga tepung sebati.
3) Masukkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga adunan likat dan licin.
4) Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle star. (Saya pakai 2 lapis piping bag)
5) Panaskan minyak menggoreng. Paipkan adunan churros dan goreng hingga garing dan keperangan. Balikkan.
6) Angkat dan tuskan minyak. Gaulkan dalam gula dan serbuk kayu manis.
Selamat mencuba!

sumber :  Ezani (Masterchef Malaysia)