Sejak PKPB, pelbagai aktiviti banyak dilakukan di rumah ajer, termasuk ada ibu-ibu yang bekerja di rumah. Anak-anak pula mengikuti kelas atas talian.

Namun kadang-kala, duduk di rumah ni, buat rasa lapar kudapan jer. Jika asyik beli jer, apa kata buat kudapan sendiri untuk anak-anak.

Menarik perkongsian resipi kali ini adalah Resipi Choc Chip Ala Famous Amos yang tidak perlu menggunakan mixer, Hanya gaul sebati adunan dan bakar! Mudah ajer kan.

Boleh buat bersama anak-anak di rumah, Tentu mereka seronok ada aktiviti sampingan lain selain buat homework.

Jom ikuti resipi ni. esok boleh buat dengan anak-anak! Buat stok kudapan di rumah.

Biskut Choc Chip Ala Famous Amos.

Resipi Choc Chip Ala Famous Amos Ni Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul Dan Bakar, Pertama Kali Buat, Gerenti Jadi!  

Ads

Bahan-bahanya:

1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
250 gram Butter
1 ¼ cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. Tambahkan Bahan B
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastad / jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
*Tambah sedikit badam cincang yang telah disangai.
(Optional)

3. Sejukkan Adunan

Ads

Resipi Choc Chip Ala Famous Amos Ni Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul Dan Bakar, Pertama Kali Buat, Gerenti Jadi!  

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam. Lagi lama lagi “crunchy”.

4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

Ads

Resipi Choc Chip Ala Famous Amos Ni Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul Dan Bakar, Pertama Kali Buat, Gerenti Jadi!  Resipi Choc Chip Ala Famous Amos Ni Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul Dan Bakar, Pertama Kali Buat, Gerenti Jadi!  

5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Resipi Choc Chip Ala Famous Amos Ni Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul Dan Bakar, Pertama Kali Buat, Gerenti Jadi!  

Resipi Choc Chip Ala Famous Amos Ni Tak Perlu Mixer, Hanya Gaul Dan Bakar, Pertama Kali Buat, Gerenti Jadi!  

Siap! Kudapan untuk mak ayah dan anak-anak. Selamat mencuba!

Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI