Resipi Chicken Mango Paling Simple & Menjilat Jari. Masam, Manis, Pedas Secukup Rasa. Ratah Pun Sedap!

Share

Ada mangga muda di rumah tapi tak tahu nak buat apa. Bosan asyik cicah dengan colek sahaja kan. Pernah rasa resipi chicken mango? Mungkin ibu-ibu boleh gunakan mangga muda yang ada untuk dibuat resipi ini.

Memang sedap dan puas hati kalau buat buat sendiri. Cukup rasa manis, masin dan masam malah rangup bila dikunyah. Ratah macam tu je pun dah sedap.

Kalau nak tahu rasanya kenalah cuba sendiri. nah, admin kongsikan resipi dari Iza Fariza Mohamed.

Mlm ni kita mkn chicken mango…diet kita tolok tepi..esok baru kita diet balik..hehe

Resepi sos chicken mango

3 senduk cili sos thai yg siam punya
3 senduk gula
1 senduk air
3 biji limau nipis besar(ambil jusnya)
7 titik kicap manis utk bg warna sos cantik
*2 ulas bwg putih
*6 biji cili api

 

Bahan bertanda ‘ * ‘ diblend . Semua bahan diatas dicampur dan dimasak hingga gula hancur siap.

 

Ayam ambil bahagian dada ptg bg nipis kemudian gaul ke dlm tepung bistari original…
Kemudian grg hingga masak siap

Asesori penyedap mata…hehe
Daun ketumbar
Cili api
Bawang merah
Bahan utamanya semesti mango takde mango tak jd la chicken mango…:-) 🙂 🙂

Ok…by resepi ni hasil saya bljar kelas pjj online
Semoga resepi ni bermanfaat utk sape2 yg nk mencuba utk yg nk buat mkn ke,bisnes ke,apa2 je lah…doakan semoga rezeki saya sentiasa dimurahkan

SELAMAT MENCUBA…..

Sumber: hawa qalisha ikin