Terfikir ingin menyediakan menu kek yang mudah dan enak apa kata sediakan Kek Cheesekut yang dikongsikan oleh Mr.Ali ini. Menyediakannya cukup mudah, tanpa perlu dibakar dan tidak menggunakan gelatin menu yang enak tersedia untuk dinikmati.
Nak tahu lanjut cara penyediaannya, ini resipi dan langkah-langkah penyediaannya. Selamat mencuba!
Resepi Cheesekut tersedap by Mr.Ali. Tanpa bakar atau tanpa gelatin hanya setkan semalaman sahaja.Mudah !
Jom buat !
Loyang 6 inci.
Ads
Bahan – bahan
– 500 gram cream cheese
-110 gram gula icing
– essen vanilla
– 190 gram dairy whipping cream
– 16 keping biskut crackers / atau apa apa jenis biskut petak. Kalau nak tebal lagi boleh lebihkan biskut
– susu coklat/ susu full cream
– milo
– serbuk koko
Cara- cara:
1. Putar 500 gram cream cheese. Pastikan cream cheese sudah pun berada pada suhu bilik
2. Putar cream cheese dalam 2-3 minit. Lepas tu masukkan 100 gram gula icing + 2 sudu kecil essen vanila. Sambung putar sampai semuanya sebati. Ketepikan sekejap bila dh siap putar
3. Dalam bekas yang berlainan putar 190 gram dairy whipping cream sehingga kental. Sila refer tips putar whipping cream yang saya dah share sebelum ni.
4. Dah kental kaup balik whipped cream tadi demgam cream cheese. Kaup sebati . Dah sebati ketepikan sekejap
5. Ambil bowl kecil. Masukan susu coklat atau susu full cream. Tapi yang sedap pakai susu coklat.
6. Sebagai base kek ni..letakkan lapisan pertama biskut crackers ni TANPA CELUP KEDALAM SUSU . kalau pakai loyang saiz 6 inci akan dengan ngam 4 keping biskut setiap layer. Jadi base dia 4 keping tu jangan celup susu. Lagi 4 keping atas dia baru celup sekejap je setiap keping tu dengan susu. means base dia ada 4 keping biskut yang tak dicelup dengan susu. Dan 4 lagi dicelup dengan susu. Ni sebab kita nak bagi base dia kukuh.
7. Then masukan adunan cream cheese tadi yang kita dah kaup dengan whipping cream.
terpulang kita nak letak banyak mana. Then tabur milo setiap layer tu.. selang seli dengan letak lapisan biskut.
8. lebih kurang macam ni :
Biskut / cream cheese/ Biskut Cream Cheese/ Biskut / Cream Cheese. Tengok gambar ya.
Haaaa lebih kurang macam ni la ada layer.
9. Dah siap setkan semalaman
Ads
10. Lepas dah setkan semalaman, tanggal kek dari loyang baru tabur serbuk koko. Kalau nak tabur milo atau topping lain boleh je.
11. Dah siap dah boleh makan, kalau nak flavour lain-lain terpulang atas kreativiti masing masing.
12 Kalau tak nak kek ni tinggi sangat 1 adunan ni bahagi la kepada dua tapi kena pakai loyang 5 inci. Nak pakai 6 inci boleh tapi nipis sikit la. SELAMAT MENCUBA SEMUA. Senang jaa ni. Anak-anak mesti suka.
Macam-macam cara dan teknik sebenarnya boleh digunakan untuk menanam pokok pudina ini. Selain ada yang membeli anak benih di nursery, ada anda juga boleh ambil sahaja keratan batang daripada pudina segar yang dibeli di supermarket.
Alang-alang membeli pudina untuk digunakan dalam masakan dan keratan yang ada daripada dibuang begitu sahaja bolehlah dibiakkan untuk kegunaan akan datang.
Caranya cukup mudah, ini seperti mana yang dikongsikan oleh Darlene Jane. Menurutnya, pokok pudina yang ditanam subur sebelum ini adalah daripada keratan batang pudina yang dibeli di supermarket.
Jadi buat anda yang ingin mencuba menanam pudina, boleh ikuti cara dan langkah yang dikongsikan di sini.
“Saya nak kongsi dengan rakan-rakan cara mudah biakkan pudina melalui keratan batang.
Pudina yang saya tanam bermula dari keratan pudina yang beli di supermarket. Kalau nak start tanam sendiri, boleh beli keratan pudina segar atau beli anak pokok di nursery. Kemudian boleh biakkan ikut cara di bawah.
“Keratan pudina boleh terus cucuk ke tanah, atau rendam dulu sehingga berakar. Saya nak kongsi cara rendaman keratan sebelum alih ke pasu,” ujarnya. Ini contoh batang pudina muda. Warna hijau. Jangan ambil keratan muda untuk pembiakkan. Untuk makan dan buat air boleh.
Ini contoh batang pudina yang matang. Warna coklat-coklat purple. Peratusan hidup tinggi.
Langkah 1 : Potong serong pangkal batang pudina yag matang. Ikut contoh potongan pada batang #1 ya.
Langkah 2 : Sebelum rendam keratan, perhatikan dua cara ini.
# 1 buang semua daun & tinggalkan 2 – 3 helai daun pada pucuk. Buat cara ni kalau keratan batang pudina tiada anak daun baru
# 2 potong pucuk, dan buang semua daun besar pada batang, tinggalkan anak daun yang kecil-kecil itu saja.
Langkah 3 : Rendam dalam bekas yang sesuai, letak di tempat yang redup untuk seminggu
Lepas seminggu boleh alih ke tmpat yg ada matahari dah. Boleh sambung rendam lg seminggu kalau akar masih sikit. Selalu check jentik-jentik ya.
Akar belum cukup banyak. Sambung rendam sehingga akar banyak.
Langkah 4 : Bila akar sudah banyak, boleh dialih ke pasu.
Macam biasa, lepas alih pasu, biar di tempat redup seminggu. Baru alih ke tempat kekal. Pudina boleh hidup di kawasan full sun. Air biar cukup.Kemudian alih ke pasu dan letak di tempat redup. Siram sikit-sikit je. Asalkan tanah lembap. Jangan terlalu lecak nanti keratan senang mati lepas cucuk ke tanah.
Ekstra Info : Bila keratan pudina da mula segar dadam pasu, da keluar tunas daun, baru letak baja. Sikit-sikit je.. Hati-hati baja jangan smpai kena batang.
Saya guna baja kopi / tinja cacing. Baja AB pun senang, tak perlu risau kalau kena dekat pangkal pokok.
Bila pokok sudah rimbun macam ni siram banyak-banyak boleh asalkan ada aliran keluar untuk air berlebihan.
Saya guna air sisa basuh bahan mentah di dpur / air basuh beras. Lepas tadah air basuhan, jangan terus siram. Peram semalaman dulu. Dan siram selang seli dengan air paip.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sedap lidah lembu rupanya. Selain dibuat sup, salah satu hidangan lain yang berasaskan lidah lembu adalah lidah goreng kunyit.
Cara penyediaannya agak rumit, tapi bila dah dapat makan memang nikmat sungguh!
Siapa yang suka makan lidah lembu tu, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Haliza Zainol di bawah. Selamat mencuba!
LIDAH GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
Lidah lembu
Gula
Halia
Bahan perap:
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kunyit
Garam
Gula
Sedikit tepung jagung
Cara-cara:
Rebus lidah selama 40-45minit sehinga benar-benar empuk. Letak sedikit gula dan halia.
Bila dah empuk, keluarkan dan buang kulit tebal dipermukaan lidah. Belah tengah dan tarik saja kulit sampai habis.
Kemudian baru potong mengikut cara masing-masing.
Tumbuk semua bahan perap. Satukan dengan lidah yang sudah dihiris nipis dan gaul rata.
Perap selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas. Masukkan bawang serta cili padi (jika suka pedas).
Goreng sehingga garing dan siap untuk dihidangkan.
Dua tiga hari yang lalu kecoh apabila ramai yang menyuarakan perasaan tidak puas hati akibat kenaikan mendadak bil elektrik. Pihak TNB yang telah membuat penjelasan akan isu ini namun alasan tersebut tidak dapat di terima.
Tidak dinafikan musim panas begini ditambah pula dengan keadaan yang berpuasa menyebabkan kita bergantung kepada penghawa dingin untuk menyejukkan badan. Tetapi apabila datang bil elektrik yang melambung tinggi setiap bulan, siapa yang tahan kan.
Ada beberapa cara untuk jimatkan perbelanjaan bil elektrik di rumah anda seperti perkongsian dari Fawwaz Johari ini. Amalkan tips ini untuk membantu menjimatkan perbelanjaan bil elektrik di rumah anda.
Dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’
Viral hari ini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30. Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
Bagaimanakah kami lakukannya?
1. Gunakan teknologi inverter.
Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
2. Peralatan elektrik berstatus “5 bintang”.
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
Tak guna alat pemanas elektrik
3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik.
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah, pemasak nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser.
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
4. Menggunakan lampu LED.
Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
Cabut semua plug
5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik.
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai. Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
6. Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung.
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
Tanam pokok di luar dan dalam rumah
7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah.
Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
Aircond tidak perlu guna tenaga lebih
8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.
Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.