Cheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja. Nak puas makan, memang kena buat sendiri.
Nak buat cheese cake tidaklah sesusah mana pun. Bahan pun tidak banyak. Kalau ada yang kata nak buat kek susah, cuba buat cheese cake yang hanya guna tiga bahan ini.
Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.
Resipi Cheese Cake Gebu Gebas
Guna Tiga Bahan Je
BAHAN-BAHAN:
120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka
CARA MEMBUAT:
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
Ads
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
Ads
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.
Ads
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Masakan berasaskan sotong sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Selain sotong goreng, sotong masak sambal atau sotong masak sos tiram, anda juga boleh mencuba resipi Sotong Siram Petang.
Menariknya resipi ini, cara penyediannya seperti ala thai termasuk mengunakan bahan serai, limau purut dan limau nipis membuatkan resipi ini memberikan aroma yang menyelerakan. Menerusi perkongsian Noor Sabrina Amran, resipi berkenaan adalah daripada mak mertuanya. Penyediaan yang mudah dan menyelerakan.
IKUTI PERKONGSIAN
Sotong Siram Petang (resepi mak mertua kak sab). Buat untuk berbuka ni, sedap! laju je nasi bertambah! keluarga memang suka! anak2 fav!
Bahan-bahan : Sotong Cili padi Serai Halia Bawang putih Bawang merah Daun limau purut Limau nipis / lemon Sos cili thai Minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
Cara-cara masak ada pada setiap gambar yer. Campak-campak je!
Selamat menikmati. Memang sedap!
Kredit: Noor Sabrina Amran
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menikmati rasa Dimsum bagi penggemar makanan chinese food memang tidak dapat dinafikan. Tambahan pula rasa isinya yang pelbagai memberi rasa yang tersendiri bagi setiap menu dimsum yang dimakan.
Boleh dimasak sama ada menggunakan kaedah kukus mahu pun digoreng, kedua-duanya menjanjikan keenakan rasa untuk disajikan ketika minum petang mahu pun sarapan.
Pun begitu bukan semua mahir untuk membuat dimsum ini dan untuk memudahkan anda sebenarnya anda boleh sahaja menggunakan kulit dumpling yang ada dijual dipasaran untuk menyediakan dimsum yang enak dengan mudah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Nadzirah Ismail berkenaan cara penyediaan dimsum dengan mengggunakan kulit dumpling yang sedia ada dipasaran cukup ringkas dan cepat disediakan. Info tersebut dikongsi olehnya di group MAHN, nyata menarik minat ramai warganet untuk mengetahuinya. Maklumlah jika ada yang pernah membuat dumpling memang tahulah agak leceh untuk menyediakannya, bukan sahaja perlu membuat bahagian kulit, inti malah sosnya juga.
Untuk yang ingin mencuba membuatnya, di sini dikongsikan infonya untuk memudahkan anda menyediakan dumpling dan seterusnya menyediakan menu dimsum untuk dimakan pada bila-bila masa.
Inilah dia kulit dumpling yang sedia ada dijual di pasaraya. Biasanya kulit dumpling ini diletakkan di bahagian yang jual tofu,fish ball,fish cake dan seangkatan dengannya.
Selain itu jangan lupa juga untuk membeli sos ini untuk digandingkan dengan dimsum yang dimasak nanti.
Cara penyediaan isi dumpling
Isi ayam bahagian dada blend bagi halus
Carrot potond dadu
Bawang besar potong dadu
Isi ketam
Daun bawang / daun sup
Kiub pati aym / garam
Gaul mesra dan kemudian bolehlah diletakkan di tengah-tengah kulit dumpling dan bentukkan seperti yang ingini. Menurut Nadzirah amat mudah untuk melekatkan bahagian klim tersebut tanpa menggunakan bahan lain memandangkan ia melekat sendiri masa dikelim.
Kemudian bolehlah dikukus hingga masak untuk dinikmati bersama sos tadi. Memang mudah dan cepat bukan? Bahkan lebih menjimatkan. Menurut Nadhirah, dengan bermodalkan tidak sampai RM15 dia dapat makan berulang-ulang.
Jadi buat anda yang gemar makan menu ini, bolehlah mencuba untuk menyediakannya sendiri.
Rasa masam manis buah peach nayata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Puding buah peach..
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri utk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.