Buat penggemar cendawan goreng, resipi pernah viral sebelum ini. Jika anda mahu menghidangkan menu petang yang sedap, resipi ini wajib dicuba.
Mudah disediakan dan hasilnya cendawan goreng bersalut tepung berempah ini jadi rangup dan garing. Dihidangkan bersama secawan teh O panas cendawan enoki goreng ini pasti terangkat.
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
1 biji telur – pukul ringan
serbuk tepung serbaguna (BESTARI)
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2. Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3. Golekkan atas tepung serbaguna.
4. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Info ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.