Anak-anak sukakan butterscotch, rasanya yang manis dan berlemak dicicah bersama roti memang layan. Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri admin kongsikan resipi dari Nur Aisya. Selamat mencuba.
Anak2 suka sgt butterscotch ala kampung mama ni…
Jadi sebelum puasa.. Simpan stock sikit.. Utk cicah2 dimalam hari.. Kalau beli tak puas makan.. Inti sikit sangat…
Ok share la mana tau ada yg suka jugak.. Step kat gambar Bahan-bahan Gula pasir 2 sudu besar
Susu pekat manis 2 sudu besar
Esen vanila 1 tutup
Garam secubit
Butter/majerin pelangi stgh cawan
Air tepung gandum ( 2sudu tepung gandum dibancuh dengan air biasa)
Air panas 2 cawan
Biasa semua bahan ni sedia ada kt rumah kan!
Ads
Cara membuat:
1. Masukkan gula 2 sudu besar.. Buat caramel smpi perang yer. 2. Dah jd caramel mcm ni.. Tuang air panas.. Hati2. 3. Masukkan planta… Butter ke… Ni pakai majerin pelangi.. Mmg peberet dr dlu.. Masukkan sekali esen vanila 1 tutup. 4. Masukkan secubit garam 5. Masukkan air tepung gandum… Jgn pekat.. Agak2 je.. Masukkan sikit2 yer. 6. Dah naik buih2 ni.. Dh masak la tu 7. Gamba butterscotch jd mcm ni la.. Tk pekat.. Tak cair.. Sedang2 je 8. Siap… Buruk nau roti mama ko potong.. Huhu 9. Ok boleh cicah dah..
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wonton ni asalnya snek yang dijual tepi jalan tapi sekarang dah jadi menu masakan di restoran. Wonton ni boleh makan macam tu je dengan sup atau dengan mee. Mee tu tak kira lah mee tarik ke mee kuning ke mee suhun ke.
Kalau wonton asli masakan China, inti wonton tu daging khinzir. Tapi orang Melayu kita pon kreatif, tukar inti tu dengan ayam atau udang. Wonton ni boleh digoreng jugak tau. Tesktur rangup dia tu sesuai jadikan snek atau hidangan sampingan dengan menu utama.
Sama ada sup atau goreng, wonton ni jadi penambah rasa dalam hidangan tau. Nak buat dia senang je walaupun bentuk dia macam susah je nak buat. Jom cuba buat sendiri di rumah!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
1/2 biji lobak merah *dipotong dadu
2 ulas bawang putih *dicincang hauls
1/4 cawan daun bawang *dipotong pendek
1 cawan ayam *dipotong dadu
Garam
1 sudu kecikl kicap manis
Sedikit minyak bijan jika suka. Lagi sedap bila tambah minyak bijan, rasa authentic
1 sudu kecil tepung ubi kayu
Kulit dumpling
BAHAN KUAH:
2 ulas bawang putih
Air / air rebusan ayam
Garam
Lada sulah
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1.Mula-Mula campur bahan inti kecuali kulit dumpling
2.Sedia kan kulit dan letak inti..sapu sedikit air keliling kulit dan bungkus ikut selera
3.Rebus sehingga ayam masak dan toskan..
4.Untuk kuah Tumis bawang putih..bila dah naik bau masukkan air..bila dah mendidih perasakan garam dan lada sulah
5.Sedia kan mangkuk letak dumpling dan tuang kuah sup..
6.Nak lagi sedap tabur sedikit emping cili..sedia untuk Di nikmati
Orang zaman dulu-dulu 80 an atau kaki pasar malam mesti pernah makan bebola ikan bersalut tepung kan? Pantang jumpa, diborongnya banyak-banyak buat makan satu keluarga.
Tapi sekarang ni susah nak dapat makanan rare ni kan, kalau ada pun kat pasar malam pada hari tertentu sahaja. Itu pun boleh jumpa kat area kampung gitu, mana nak jumpanya di bandar! Kalau craving macam mana?
Haaa jangan sedih-sedih, jom buat sendiri je kat rumah! Mudah je tau rupanya nak buat. Kalau nak acah-acah macam beli, boleh la cucuk kat lidi macam selalu kalau rajin. Hehe. Jom tengok cara buatnya!
Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar thn 80an, lps balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, bli mknn yg dijual d i gerai luar sekolah. Bebola ikan salut tepung, tp yg dijual Tu dia Cucuk pd lidi pendek. Sekarang X pernah jumpa Dh. Sekarang byk dipasaran bebola ikan keluaran Muslim.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ditanya siapa nak hendak hidup kaya, tentu semua ramai mahukannya. Umumnya selain untuk hidup senang, kita kenalah rajin berusaha dan berkerja keras mendapatkan rezeki untuk keluarga.
Selain itu, ketahui juga apa lagi usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapat kesenangan hidup di dunia ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor. Jom semak.
Amal Je 15 Tips Ni Kalau Nak Jadi Kaya Raya Dengan Sangat Cepat!
1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap ‘Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah.’
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar dan tanya pada Allah. Kenapa aku di uji. Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabil kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali. Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki! Sayangi diri sendiri.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...