Resipi Bunga Kantan Dengan Ikan Bilis, Memang Terlajak Sedap. Mesti Cuba!

Share

Sambal bunga kantan dengan ikan bilis. Memang sedap. Makan dengan nasi yang masih panas memang bertambah, hilang diet.

Nak tahu resipinya, jom lihat cara membuatnya.

Resepi rujuk gambar.

Bahan-bahan:

2 kuntum bunga kantan (kalau dapat yang kembang mekar tu lagi ummph) – dihiris halus

1 genggam ikan bilis (saya suka ikan bilis halus) – digoreng garing

minyak untuk menggoreng

garam dan gula

Bahan-bahan kisar:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering ( direbus dahulu ) – kalau suka pedas, boleh letak lebih

Cara-cara:

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2) menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau rata.

3) apabila cili dan bawang sudah pecah minyak, masukkan bunga kantan yang telah dihiris nipis (lihat gambar).

4) gaul rata

5) pada tahap ini, pastikan bahan-bahan selalu dikacau supaya tidak hangus. Kecilkan api.

6) tambahkan garam dan gula

7) beginilah rupa bunga kantan yang sudah digoreng setelah lebihkurang 10-15 minit.

8) setelah kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

9) masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing awal-awal tadi.

(Pastikan bunga kantan betul-betul sejuk untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis).

10) gaul rata.

11) sedia untuk dinikmati.

12) simpan dalam bekas kedap udara

Selamat mencuba!

Kredit: Noraini Maskam