Bubur butir nangka memang sedap dimakan terutama ketika berbuka puasa. Rasanya yang lemak-lemak manis menjadikan ia sebagai manisan wajib dicuba. Nak membuatnya pun tidak sesusah mana pun.
Resipi Bubur Butir Nangka, Rasa Lemak-lemak Manis
Bagi yang belum pernah merasa keenakan bubur butir nangka ini, Miza Ramli Full ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara dan bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK BUBUR BUTIR NANGKA YANG MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan:
200 gm tepung pulut
180 gm air
2/3 titis pewarna hijau (boleh juga guna air kisaran daun pandan)
200 ml santan kotak
250 gm air
60 gm gula melaka
5 gm gula
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh halba (abaikan jika tidak suka)
2 cubit garam
Mudah Sangat Nak Buat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu.
2.Satukan tepung air dan pewarna. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Ads
3.Gentelkan adunan tadi menjadi bujur kemudian masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Ulang sehingga habis adunan.
4.Bila adunan butir nangka sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Ulang hingga semua habis.
5.Dalam periuk lain, masukkan santan, air, gula melaka, daun pandan dan gula. Masak santan hingga berbuih.
Ads
6.Kemudian masukkan halba. Kacau lagi hingga menggelegak.
7.Kemudian masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah. Kacau bagi sebati adunan.
8.Bubur butir nangka siap untuk dinikmati.
Ads
Nota:
*Jika tiada gula melaka, boleh buat Bubur Butir Nangka versi gula putih biasa sahaja. Nanti kuahnya akan jadi kuah putih. Rasa sama sedap dengan versi gula melaka ini.
*Gula dan gula melaka mungkin boleh kurang atau lebihkan bergantung pada selera sendiri.
Ayam Goreng memang makanan wajib bagi anak-anak kita. Tanpa menu yang satu ni, ada anak-anak boleh mengamuk tak mahu makan. Begitulah penangan ayam goreng.
Tak hanya anak-anak, kita yang dewasa pun cukup gemarkan ayam goreng. Tambah-tambah lagi dimakan bersama nasi panas. Memang meletop!
Nak tahu tip masak ayam goreng jadi lebih sedap? Anda kena cuba tip ini dan lihat hasilnya. Pasti buat anak-anak bertambah suka.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
3. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak beberapa hari sahaja lagi, pasti ada di antara kita yang sudah pun mempersiapkan segala simpanan makanan di dalam peti sejuk. Cili misalnya pasti sudah dibeli dan disimpan lebih awal.
Pun begitu cili padi yang disimpan biasanya tidak kekal segar malah adakalanya lembik dan tidak tahan lama. Bagaimana hendak menyimpan cili ini lebih lama?
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @awangdapur ini anda boleh cuba. Jom ikuti perkongsiannya. Lebih mudah dan tahan lama.
1. Cabut tangkai/batang cili.
2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.
3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.
4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.
5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.
Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.
Nak tahu cara simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan dan kekal segar seperti baru dituai?
Ini ada dua cara mudah yang pasti buat kita puas hati.
Maklumlah bunga kantan memang antara ramuan yang jarang digunakan melainkan jika hendak sediakan menu laksa, asam pedas atau pun kerabu.
Namun bunga kantan ni sejenis herba yang tak boleh disimpan lama kerana ia cepat mengecut dan berubah warna menjadi lebam.
Dengan cara ni, bunga kantan akan kekal segar walau disimpan berbulan-bulan tanpa berubah bau, warna dan rasa. Memang terbaik. Anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
Bunga kantan
Bekas berpenutup
CARA-CARA:
1. Leraikan kelopak bunga kantan satu persatu hingga habis. Jangan hiris kerana bunga kantan akan jadi tidak cantik dan kehitaman.
2. Setelah dileraikan, masukkan kelopak bunga kantan tadi ke dalam bekas berpenutup.
3. Simpan di dalam peti sejuk di ruangan sejukbeku. Simpan begitu sahaja dan elakkan isi air.
4. Hasilnya, bunga kantan kekal segar dan tahan hingga 3-4 bulan tanpa berubah warna dan rasa.
Selain boleh juga buat cara begini.
Caranya:
1. Beli bunga kantan yang segar.
2. Kemudian masukan dalam plastik dan ikat kemas.
3. Simpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku.
“Boleh tahan bebulan-bulan lamanya. Saya pernah buat sampai setahun lebih. Ada masa bunga kantan payah nak dapat (bukan musim) bolehlah ikut cara ni. Bila nak masak baru keluarkan”- Norhizam Harum Via MAHN
Apa yang pasti ibu-ibu memang bijak mencari cara untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan dapat disimpan lama dan kekal segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...