Bila kita masak pulut kuning tentunya kita mahukan pulut kuning yang cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang). Warna kuning yang menawan pastinya mengundang selera.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, anda boleh ikut cara Puan Masmira. Menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Resipi Buat Pulut Kuning Cantik ‘Merelit
Bahan-bahan dan cara-cara membuat:
1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sedikit.
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (rendam sekurang-kurangnya 3 jam)
Ads
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas semula untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama. Jangan gunakan perwarna.
2) Halia 1/2 inci
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
3) Daun Pandan 5 helai
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak.
Ads
5) Santan segar dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru mendidih, masukkan garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam. Masukkan santan pekat tadi. Kacau-kacau sampai rata sebati. Boleh cuba sama ada rasa masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang sudah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.
Jangan risau bila kuah santan banyak. Pulut akan serap habis kuah santan itu, barulah pulut jadi lembut. Kacau pulut sampai rata dan hilang ketul-ketul.
Tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar pulut ‘rehat’ dlm 10 – 15 minit baru cedok untuk makan.
Ads
Rasa Lembut, Berlemak
EKSTRA TIP:
1. Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan macam bertali putih-putih di bahagian senduk.
2.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus semula kali ke dua. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan tak lekat pada pulut. Walau sekali kukus sahaja, pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab kita sudah bancuh santan dengan air panas.
Jika ditahun baharu ini ada yang berazam untuk lebih jimat dalam belanja dapur, apa kata mulakan dengan menanam sayur-sayuran di rumah.
Selain berjimat, anda juga akan mempunyai hobi baharu untuk mengisi masa terluang dengan menanam pelbagai jenis tanaman lain. Paling seronoknya juga bila hendak makan sayur, terus petik dan sedia untuk dimasak!
Menariknya mengenai tanaman bayam ini, ia tidak memerlukan tanah dan amat mudah penjagaannya. Ingin ketahui caranya, jom semak.
Bahan-bahan:
Biji benih, tapis, baldi, span aquarium dan sabut hancur.
Langkah 1 : Tebuk bahagian bawah tapis seperti ini.
Langkah 2 : Letakkan penapis dalam baldi dan tandakan seperti di dalam gambar untuk membentuk lubang overflow.
Info : Lubang overflow untuk mengelakkan air belebihan bertakung di dalam medium sabut.
Langkah 3 : Masukkan span aquarium seperti ini untuk hubungkan dengan air baja dan medium sabut.
Manakala bahagian dalam penapis buat begini.
Langkah 4 : Masukkan sabut hancur.
Langkah 5 : Taburkan benih bayam dan sembur dengan sedikit air. Kemudian tutup dan biarkan selama 2 hari.
Langkah 6: Bila hari ke 5 akan tumbuh daun, dedahkan pada cahaya dan mula isi baldi bersama air baja.
info : Keadaan tanaman bayam pada hari ke 3.
sumber :EuzieByna via Fasa Green Agro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau ditanya, masih ingat lagikah rasa kek mak-mak kita masak dulu?
Lazimnya, kek orang dulu-dulu bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, dan marjerin adalah antara bahan yang biasa digunakan berbanding mentega.Pun begitu rasanya memang terbaik!
Dan ini satu lagi resipi kek marble ringkas yang menggunakan marjerin dikongsikan oleh Suraya .
Terlihat begitu enak dan buat kita tidak sabar pula mencuba untuk menyediakannya.
Tahun lepas saya ada share resepi kek marble versi span, guna ovallette dalam resepi tu. Harini saya nak share resepi kek marble versi marjerin @ butter pulak.
Resepi ni memang sedap, lemak, berminyak dan tinggi kolestrol haha, tu yang jadi sedap tu.
Customer pun ramai yang repeat order untuk kek marble ni. Saya ambik dalam group mahn tapi tak ingat siapa owner dia, apa pun terima kasih pada tuan punya resepi sebab kongsi kan resepi kek yang sedap ni, jadi sekarang saya plak nak panjangkan resepi ni pada orang lain.
1 adunan kek ni dapat 1 biji kek loyang 7 inci. Sukatan dia memang dalam gram, saya tak pandai nak tukarkan gram kepada cawan, jadi tolong jangan pm saya suruh saya tukarkan sukatan gram kepada cawan. Pandai pandai la pegi cari penimbang kat mana mana ye.
Saya jual kek ni rm10 sebiji tapi saiz kek 5 inci, iaitu saya guna loyang yang lebih kecik.
Lagipun saya guna marjerin pelangi, jadi boleh lah jual murah. Kalau ada yang nak jual kek ni, sila kira kos bahan mentah masing masing ye.
Ok jemput baca resepi dan sila la cuba lepas baca ye. Sedap sangat oiii
Menyediakan makanan yang menjadi kegemaran keluarga bukan sahaja boleh dinikmati bersama anak beranak.
Namun jika dijual boleh juga dijadikan sumber pendapatan untuk keluarga.
Contohnya dengan berniaga Muffin Milo Coklat ini, bukan sahaja rasanya digemari ramai malah membuatnya juga cukup mudah.
Jadi bolehlah anda cuba dan jadikan ini sebagai salah satu cara untuk anda menambah pendapatan keluarga.
Muffin milo coklat mudah
BAHAN-BAHAN:
-8 biji telur gred A atau B
-450g gula perang atau gula halus kalau tak nak manis guna gula perang atau kurangkan(2 cawan )
-1 sb emolco coklat
-330g/3 cawan self raising + 1 sk soda bikarbonat(ayak)
-100g milo
-50g serbuk coklat
*campurkan tepung dengan serbuk coklat dan milo dalam 1 bekas ya
-350g majerin cair/2 cawan ( cairkan dulu awal-awal sukat dalam cawan atau dah cair baru timbang)
-1/2 cawan air panas
cara-cara :
1. Telur dan gula, satukan. Kacau-kacau sebati dengan senduk ke whisk ke dengan hand mixer pun boleh.
2.Tambah emolco dan kacau sebati.
3.Tambahkan tepung yang telah disatukan tadi berselang dengan majerin.Buat sampai habis.
4. Akhir sekali tambah air panas dan kacau rata.
Ekstra info : Nak tambah coklat chips boleh nak tambah coklat rice pun boleh.
5. Masuk dalam paper cup atau muffin cup. Nak tabur badam nips atau coklat chips pun boleh.
6. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit atau kukus 15-20 minit.
Mudah kan? Semoga anda dapat buat dengan jayanya ok.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...