Buat penggemar taufu lembut, jangan teragak-agak untuk menyediakan menu yang satu ini. Menyediakan menu ini bukan sahaja seisi keluarga berpuas hati dengan rasanya, malah tidak dinafikan tauhu lembut ini berkhasiat dan kaya dengan sumber protein. Jadi usah tunggu lagi jom ketahui cara penyediaanya melalui perkongsian daripada Nur Diyana.


Sesekali tekak orang Johor bila duduk di Pahang ni pasti rindu nak makan tauhu dan tempe.Puas juga kami pusing kedai jual kuih & goreng goreng waktu petang, ada penjual yang tercengang bila dengar saya tanya ada tak mana mana tempat yang jual Tauhu Gedik kat sini. Betul lah agaknya kan orang kata lain lubuk lainlah ikannya.

Sudahnya saya beli bahan bahan & masak sendiri je lah. Tak susah pun, lagi puas hati, rasa lembut tauhu, wangi sos ayam, crunchy dari kacang tanah dan sayur segar – memang kena dengan selera.

Resepi Tauhu gedik Sos Ayam ada saya tuliskan di gambar. Kawan kawan boleh la buat lepas ni. Selamat mencuba !

Bahan-bahan:

Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!

IKLAN

Tauhu lembut, lobak merah, timun, cili merah, cili padi, daun sup. halia, bawang merah, bawang putih, Kicap ABC, minyak, sos tiram, minyak bijan, lada sulah, gula, garam, ayam cincang dan kacang tanah hancur.

Cara Penyediaan: 

Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!

IKLAN
  1. Okay mula mula panaskan pengukus dan kukus lah tauhu lembut dalam 10 minit gitu je. Saya tak tanggalkan bekas asal tauhu, senang nak keluarkan nanti terbalikkan saja atas pinggan. Ok dah settle, kita buat sos ayam pula.

Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan isi ayam cincang. Nak guna isi ayam cincang Ramly tu terus pun boleh.

Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!

IKLAN

3. Bila ayam dah agak masak, ketepikan. Dalam minyak yang sama, terus je masukkan bahan tumis. Biar sampai kekuningan dan agak garing.

Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!

4. Ok bila ayam cincang dan bahan tumis dan bersatu, masukkan lah kicap, sos tiram dan minyak bijan. Gaul rata biar ayam tersalut semuanya.

Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!

5. Lepas tu,buh air sikit. Biar berkuah tapi jangan banyak sangat. Nanti jadi kuah sizzling pulak. Kalau suka kuah pekat boleh buh air bancuhan tepung jagung juga sikit. Saya tak letak pun.
Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!
6. Perasakan dengan garam,gula dan lada sulah ikut selera. Dah sedap semuanya boleh la tutup api. Sos ayam siap.
Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!
7. Potong pula bahan topping dia. Ikut la korang nak guna apa. Saya guna hirisan timun,lobak,daun sup, cili padi, cili merah dan kacang tanah kisar.
Resipi Buat Pencinta Taufu Lembut, Bukan Je Sedap Tapi Mudah Pula Memasaknya!
8. Dalam pinggan, terbalikkan tauhu, siram dengan sos ayam tadi kemudian taburlah bahan topping kat atas. Dah siap, boleh la dihidang. Makan macam tu pun sedap dah takyah nasi ke apa, tak percaya kawan kawan cuba lah.
Nak guna resepi ni untuk buat meniaga ke potluck kawan kawan ke atau nak makan sendiri pun boleh, saya halalkan.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI