Makan

Resipi Buat Kuih Talam Gula Merah, Rupa Elok Cantik, Licin & Berkilat

Share

Kuih talam gula merah yang licin dan berkilat membuatkan sesiapa jadi teringin hendak menikmatinya. Jika dalam keluarga ramai yang suka makan kuih talam, rasanya elok kalau kita belajar buat sendiri.

Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad ini. Puas hati bila tengok hasilnya.

RESIPI KUIH TALAM GULA MERAH

Bahan untuk bahagian bawah:
1 cawan gula merah
1 cawan air masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar air kapur
2 cawan air

Cara membuat:

  1. Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan.

2. Air gula merah tadi dicampur dengan 2 cara air tadi jadikan 3 cawan.

3. Campurkan ke semua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.

4. Masukkan adunan gula merah dalam kuali dan masak hingga naik wap.

5. Selepas itu masuk dalam loyang. Kukus 15-20 minit.

Bahan untuk bahagian atas:
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Rupa Elok Cantik, Licin & Berkilat

Cara membuat:

  1. Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.

2. Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit.

3. Tip supaya permukaan kuih talam cantik.

4. Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering.

5. Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik.

Sumber: Ruziah Mohd Arshad

IKLAN