Hujung minggu ni tentu mak-mak tercari-cari idea untuk buat makanan minum petang. Salah satu menu mudah nak buat adalah kuih karipap kegeramaran seisi keluarga.
Menariknya resipi yang dikongsi ini bukan sahaja untuk dimakan hari ni tetapi boleh dibuat frozen. Tentu anak-anak boleh bawa bekalan ke sekolah.
Ikuti perkongsian ini.
Jom isi masa lapang
Buat banyak-banyak frozenkan. Selain wat makan sendiri..boleh berbagi rezeki pada jiran-jiran.
*Doh Kulit Karipap*
1kilo tpg gandum
1/2 cwn tepung beras (untuk rangup)
3/4 cwn myk masak
3sudu mkn marjerin cap pelangi
panaskan minyak + marjerin sampai cair.
Air sejuk ada ais (air paip boleh juga)
+ sikit garam.
Sukatan air agak2 ya.
*saya guna air sejuk coway
Cara-cara:
Gaul rata myk panas + marjerin bersama adunan tpg gndum + tpg beras.
Tuang air garam sikit2 sampai jd doh.
Biarkan 15minit (tutup dgn kain atau isi dlm plastik tutup rapat)
*Inti kentang*
Kentang 1kg potong dadu
Rebus empuk dan toskan air. Ketepikan.
Udang kering 2sudu mkn*
Bwg besar*
Bwg putih*
Sikit Air utk blender*
2sudu mkn lada kering blender (ikut pedas sendiri)
3-4 sudu makan Rempah kari babas ijau (rempah kari tambah sikit air dan gaul rata..ketepikan)
Garam
Gula
Sikit daun sup yg dihiris.
Blender semua bhn bertanda * di atas.
Panaskn minyak dalam kuali. Tuang bahan blender. Masak hingga garing dan naik bau. Buh rempah kari yang dicampur sikit air. Kacau rata.
Buh garam dan gula..perasakan. Gaul rata. Masak sampai rempah kari garing..kerap kacau api sederhana atau kcik sket.
Masuk kan kentang yg direbus td. Gaul rata sampai kering tiada air. Tutup api. Tabur daun sup dan kacau rata. Sejuk kan.
PETUA INTI TAHAN LAMA
Nota :
Saya buat kaedah rebus kentang.
Sebab belajar macam tu (samada goreng kentang atau rebus dahulu) untuk kaedah memfrozenkan bagi inti tahan lama sebab kering.
Selamat mencuba!
Kredit: Zanna Kassim