Makan

Resipi Buat Ikan Lengat, Ada Dua Versi, Cara Kukus & Rebus

Share

Ikan lengat memang antara menu yang enak dinikmati ketika panas-panas. Lauk paling ringkas tapi boleh buat makan bertambah-tambah nasi. Ikan lengat ini tahan lama apatahlagi jika disimpan di dalam peti sejuk.

Bila digoreng makan pula dengan nasi panas, sayur tumis air sawi dan sambal belacan, memang boleh ‘ke laut dalam’ diet.  Menu ikan lengat memang ada peminatnya sehinggalah sekarang.

Ikan lengat ini kalau nak beli kita ada rasa was-was juga dari segi kebersihannya kecualilah kita tahu siapa yang membuatnya. Kalau susah nak jumpa ikan lengat ini, apa kata kita buat sendiri sahaja. Mudah sangat nak buat!

Ada dua versi untuk membuat ikan lengat iaitu versi kukus dan juga versi rebus.

Versi kukus

Ikan rebus versi kukus perkongsian Siti Aishah Hanapi.

  1. Bersihkan ikan macam biasa pakai cuka/limau nipis. Bilas bersih.

2. Kemudian tabur garam dan masukkan sedikit cuka makan dan minyak (kuantiti ikut jumlah ikan) Garam jangan banyak sangat nanti masin. Gaul rata pada ikan.

3.Susun ikan dalam lengat/loyang dan letak asam keping 3-4 keping dalam kukusan.

4. Kukus macam biasa sehingga masak.

5. Biarkan sejuk dahulu baru digoreng.

6. Boleh masukkan dalam peti ais kalau nak simpan, ikan ini tahan lama.

Versi rebus

Ikan rebus yang ini pula caranya dikongsi oleh Hajar Mohd.

  1. Cuci ikan kemudian masukkan dalam periuk bersama beberapa hiris lengkuas tua.

2. Letak sekali asam keping lima keping. Nak masam boleh tambah. Masukkan garam.

3. Letak air suku periuk saja. Reneh api perlahan. Tutup periuk.

4. Bila air sudah kering, tutup api. Esoknya barulah goreng, rasanya lagi sedap.

Ikan ini bila dah goreng, makan dengan nasi panas memang sedap, tak cukup seekor.

Sumber: Hajar Mohd & Siti Aishah Hanapi