Resipi Brownies Guna Sukatan Cawan. Cukup Mudah, Tahan Sampai 2 Minggu Tak Masuk Peti Sejuk

Share

Mungkin ada ibu-ibu yang agak pening dalam menyediakan hidangan untuk sekeluarga.  Lebih-lebih lagi pemanis mulut. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?

Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies ini. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa yang tidak lama.

Biar betul? Bukan itu sahaja, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan 

Imah HalimahMasak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Sudah 3 bulan tidak ambil tempahan kek.sy mahu berhenti mmbaking sementara utk 1-2 tahun utk lbih tumpuan pd ank dan keluarga.smoga allah permudahkn nawaitu sy.kekangan ms dan kerja sbbkan sy ambil kputusan ini.sdgkn 6 thun sudah dalam dunia bakering.seolah2 satu kejutan buat kwn2 dan customer tetap sy.sy harap mereka faham.

Pg ni sy buat brownies sbb dah brhari2 rs tringin sgt nk mkn.tp klu nk buat loyang bsr rs x trhabis pula.biasanya sy jual brownies utk loyang 8inc dan 10inc shj.tp pg ni sy buat saiz lbih kecil..6 inc shj.itu pn sbb butter ade ngam2 shj.

sy olah rsepi sy yg brssuaian utk brownies saiz kecil.ssuai utk yg x nk mkn byk2.sy sedekahkn resepi sy utk rakan2 di MAHN..doakan shj sy sntiasa sihat dan dipermudahkn stiap urusan sy sekeluarga.

Brownies kedut

-loyang 6 inc

Bahan A

-80gm unsalted butter(sy guna pure butter anchor@ scs).ikut suka la nk pki butter ape pun.

-200gm dark compound coklat(sy pki beryl’s)

Bahan B

1/2 cawan gula kastor(kurangkn 1sb)

1/2 cawan gula perang (kurangkn 1sb)

1sk esen vanila

2 biji telur (saiz A @AA)

1sk coklat emulco

Bahan C

1/2 cawan tepung naik sendiri

1/4 cawan serbuk koko(kurangkn 1/2 sb)

Cara

-Double boil bahan A

-Dlm bks asing campurkn bahan B.kacau guna hand whisk atau senduk shj.gaul sekadar rata.jgn trlebih over gaul ye

-Campurkn bahan C ke dalam bahan B dan gaul sebati.

-Masukkn bahan A ke dalam adunan td

-Alaskn loyang 6 inc dgn parchment/baking paper.lebihkn paper supaya mudah nk keluarkn brownies apabila sudah masak.(refer pic)

-Panaskn oven dahulu.bakar suhu 170″c api atas bawah 40minit @ bersesuaian dgn oven masing2..

-Da masak agak2 suam bole angkt dr loyang dan bole potong2.

P/s:Brownies sy tahan 2 mggu..suhu bilik.x perlu masuk peti ais.biarkan shj diluar tp bertutup.