Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, nak buat brownies yang hanya mengambil masa yang tidak lama. Apabila dah siap pasti anda sekeluarga menyukainya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zett Rossy ini.
Assalaamualaikum sayang-sayangg (tiru dsv)
Meh saya nak share resepi brownies yg paling senang diabad ini hehe..
Senang sebab cuma TIGA BAHAN ajeee.. dah la senang, sedap pulak tu. Anak2 konpem suka
Bahan2: Nutella, telur, tepung.
Cecaranya saya tunjukkan step by step bergambar ye. Jom masuk dapur!!
Dipersilakan share ye!
Bahan2:
1/2 cwn nutella
1 bj telor B
5 sd besar tepung gandum
(Adunan ni dpt 18-20 cups kecik, kalau nak banyak gandakan ye)
Cara membuat:
1. Whisk nutella dan telur hingga sebati. Pakai garfu pun bolehhh.. bukan nak kena gebu pun adunan tu.
2. Dah sebati, masukkan tepung. Sebatikan. Takyah baking powder k.
3. Sudukan dlm cups atau nak terus tuang ke loyang pun ok je. Saya terlajak rajin pakai cups. Lg pun nampak comei hihi hiaslah sesuka hati.
4. Bakar 160℃ selama 15-20 min ikut oven memasing ye.. Tengok tu dah naik membukit kan? Takyah letak baking powder punnn.
5. Dah siap!! Tunggu sejuk sebelum dihias topping atau dingap!!
6. Ready untuk di ngap.. Sy hias topping nutella kasi nampak lagi ensem hihi! Anak2 mesti excited nak makan kan..? Selamat mencuba!!