
Tengok biskut Mama Carey ni, memang buat rasa terliur. Biskut yang popular dulu yang mesti ada disetiap rumah. Tentu mengamit nostalgia kan. Nak buat biskut ni kena ikut resipi barulah sedap dan cantik.
Kepada ibu-ibu yang nak buat biskut ini, nah cuba resipi yang disediakan menerusi facebook, Mastura Shariff , siap ada tutorial memudahkan ibu-ibu.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Belum lelap lagi layan calit-calit & conteng-conteng cara saya buat Biskut Ibu Perihatin (mama carry) mungkin ada yang buat cara lain bagi saya ini yang paling mudah & senang walau pun biskut nie menguji kesabaran untuk mendapatkan toppingnya yang sempurna
Resepi Mama Carry
Bahan-bahan
400g tepung gandum
100g gula halus
120g tepung jagung
300g butter/margerin
20g tepung susu
Gaul semua bhn² & uli menjadi doh
Topping
150g icing sugar brand KINGS
2biji putih telur
15g tepung jagung
IKUTI VIDEO
Selamat mencuba
Sumber: Mastura Shariff
Nak Buat Sup Kaki Ayam. Wanita Ini Kongsi Cara Bersih Dan Resipi. Memang Legend Sup Ni!

Menarik sunggh perkongsian oleh puan Danish Diana Safura yang berkongsi resipi cara bersih kaki ayam dan membuat supnya. Tengok gambar pun dah terliur. Boleh cuba!
RESIPI KAKI AYAM SUPERB
Ada tak sesiapa yang macam saya suka makan sup ayam kolagen tapi setiap kali masak sup kolagen mesti buang tapak kaki dan kerat kuku tu pendek2 setiap kali nk makan mesti makan yg diri sendiri buat atau mak sahaja buat sebab tanpa was was tentang kebersihan, sebab kdg2 ada di kedai makan yg tak buang tapak kaki yg gemok2 tu
ok lah ni resipi nya nanti ada pulak yg tanya mana resipi, resipi paling simple paling mudah, sambil berlari pun boleh siap😆 tapi siapa nak derhaka resipi sy terpulang la..
BAHAN
kaki ayam yg dibersihkan( buang tapak dan kuku bukan kerat kuku je ok tp buang sedikit jari tu)
bawang putih 5 ulas
bawang besar 1 bijik
halia ( sikit je)
kentang ( 2 bijik potong kecik)
sawi (kalau tak nak pun boleh, sy mmg penggemar sayur, sebab tu awet muda walaupun usia dh 3 series)
pati kiub sup ayam
lada hitam
cara caranya
tumis bawang putih, bawang besar, halia, lpasu masukkan kaki ayam, kentang , air dan pati kiub dan lada hitam.. garam terpulang nak pakai atau tak, sy tak pakai sebab pati kiub dah cukup perasa😃 rebus lama sikit biar kaki ayam empukkk dan lembut..
Rujuk gambar
kaki ayam ni banyak kolagen tau, sy antara manusia yg tak pernah ambik pil pil tambahan utk nak cantik, tapi amalkan makan sayur dan sebulan sekali mesti ambik sup kolagen ni, suami pun penggemar sup kolagen ni, kami suami isteri sgt suka sup kaki ayam dan sup kaki lembu.. sedap dia tak boleh bawa bincang.
Banyak kolagen dalam sup kaki ayam .Apa itu kolagen? Apabila umur seseorang itu semakin meningkat dewasa, sel kolagen juga semakin berkurangan. Jumlahnya pula akan terus merosot di awal usia 20-an dan perkiraan purata 1 hingga ke 4 gram sehari kandungan kolagen boleh hilang daripada badan kita.
Disebabkan itulah semua wanita terutamanya yang semakin berusia memerlukan kolagen yang boleh didapati daripada kaki ayam yang bertulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan kalsium, protein, kolagen dan rawan yang sangat mudah diserap oleh tubuh badan.
Kolagen yang terdapat di dalam kaki ayam sangat tinggi dan ianya sama banyak sepertimana yang terdapat dalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai vitamin C. Jika anda perasan, sesiapa yang gemarkan makan kaki ayam, kulitnya pasti cantik menawan.
Kelebihan memakan kaki ayam juga akan menjadikan kulit pinkish secara semulajadi, kulit lembut seperti bayi, kulit makin elastik dan tegang, kurangnya garis halus penuaan dan bekas parut jerawat juga semakin berkurang. Banyak lagi kelebihan lain dari segi sekatakan tona kulit serta cerahkan bibir dan juga ketiak.
KHASIAT SUP KAKI AYAM
haa ni antara khasiat makan kaki ayam..
1)Kaki ayam kaya kolagen
Menurut kajian, kaki ayam memiliki kolagen yang sangat tinggi. Antara manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
-kolagen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
-kolagen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
-kolagen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
-kolagen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh
2)Kurangkan risiko tulang rapuh
-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.
3)Sembuhkan cedera
Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni
4) Saluran pencernaan sihat
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kolagen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.
5) Kesihatan kuku terjaga
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.
6)Menyihatkan gusi
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
try laa,tak payah inject botox sana sini sinun. makan sup kaki ayam je dh cantik
Sejukkan Tekak Dengan Homemade Stawberry Acai Lemonade, Rasa Macam Beli Di Kedai!

Hujung minggu semestinya waktu untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ada sesetengah orang, rasa lebih berbaloi duduk santai di rumah habiskan masa bersama-sama. Jenis yang pantang rasa nak keluar je, pasti akan memilih untuk berkelah atau piknik dengan yang tersayang.
Bila sebut pasal piknik atau berkelah ni, paling best bila waktu tu kita hidangkan pelbagai makanan yang enak untuk dinikmati bersama. Waktu begini bestnya kalau dapat minuman yang refreshing atau orang melayu kata menyegarkan, kan? Jadi… Apa kata jom kita cuba resipi air ala Strawberry Acai Lemonade yang tengah viral kat Starbucks tu.
Siapa yang dah pernah cuba pasti tahu rasa dia macam mana, segar dan sejuk tekak bila minum.
Resipi Stawberry Acai Lemonade Ala-Ala Starbucks
Bahan-bahan:
Ais
Sparkling mineral water
Perahan lemon
Potongan lemon
Ribena strawberry
Cara-cara:
- Masukkan air sparkling.
2. Kemudian, tambah lemon yang sudah dihiris bersama jus lemon.
3. Terakhir sekali, masukkan Ribena Strawberry, kacau rata dan siap untuk dihidang!
Untuk video, boleh rujuk video di bawah
Kredit: TikTok @shafinie_memasak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Resipi Kuih Koci Leleh Pulut Hitam, Rasa Lemak-lemak Masin Santan Tu Yang Buat Sedap

Resipi Kuih Koci Leleh Pulut Hitam, Rasa Lemak-lemak Masin Santan Tu Yang Buat Sedap
Kuih koci leleh rasanya lebih sedap, terasa lemak masin santannya dengan setiap gigitan kuih koci yang berintikan kelapa tersebut. Makan sebiji memang tak puas! Percayalah bila anda sudah mula makan sebiji, anda akan makan lagi dan lagi.
Kuih koci terdiri daripada pelbagai jenis variasi antaranya koci labu, koci pandan dan koci pulut hitam. Lebih sedap lagi, kuih koci yang dibungkus dan dikukus sekali bersama santan atau dipanggil koci leleh.
RESIPI KOCI PULUT HITAM LELEH
BAHAN-BAHAN:
250g tepung pulut
1 ½ cawan air (agak-agak)
½ cawan pulut hitam (kisar dan tapis)
1 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan menjadi doh yang lembut.
2. Bulatkan adunan dan masukkan inti.
3. Kemudian, rebuskan di dalam air yang mendidih sehingga timbul, dah boleh diangkat.
4. Setelah itu, masukkan pula ke dalam santan leleh yang telah dibuat terlebih dahulu.
5. Bolehlah dibungkus dan kemudiannya dikukus selama 3-5 minit.
BAHAN INTI:
1 biji kelapa
1 cawan gula melaka
1 cawan air
2 sudu makan gula pasir
CARA MEMASAK:
Kacau semua sekali hingga agak kering. Bila sudah nak kering, boleh masukkan tepung jagung sesudu dan kacau sampai inti itu kering.
UNTUK LELEH:
2 cawan santan (anggaran)
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Masak kesemua bahan di atas sehingga likat.
Sumber: Manda Syuhada