Memandangkan anak-anak duduk dan belajar di rumah, pasti ibu-ibu nak sediakan menu yang membantu mereka sentiasa bertenaga kan. Asyik beli makanan ringan di luar tak bagus untuk kesihatan, apa kata ibu-ibu buat sendiri.
Jom cuba Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips ini. Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Ads
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Ads
Kacau bagi sebati je, takyah sampai nak kembang beriya.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
Sukatan cawan tu Cik Tom guna cawan kopi cenggini je.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.Doh memang lembik macamni.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Masukkan cornflakes. Suka hati nak letak banyak mana ye.Gaul sekata.Masuk pulak segala coklat dan apa sahaja yang korang suka.Gini kejadiannya.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
Ads
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋
Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Belum masuk bab menunggu masa untuk melahirkan, ibarat nyawa di hujung tanduk.Antara hidup dan mati, tetapi itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Kerana itu, suami harus menghargai segala pengorbanan isteri. Tak salah tunjukkan penghargaan dengan memeluk isteri,ucap terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat dan juga berterima kasih sebab sabar menahan sakit.
Demikian yang ingin dikongsikan oleh seorang peguam Sivil & Jenayah yang juga penulis buku dan Usahawan, saudara Mufarwa Farid menerusi laman facebooknya.
Gugur air mata lelakinya tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini. Orang yang paling aku utama untok apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah. Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang. 11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit. “Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.” Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut. Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room. Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untok keluar daripada rahim itu. Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital. Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang. Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar. Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok. Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil. Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan. Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi. Kau bayangkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam. Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hapal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet. Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untok tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untok dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas. Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untok melahirkan anak. Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, pekakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang. This is real shit, man. Kata aku dalam hati. 5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push. Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur. Hanya Tuhan yang tahu bertapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ. Aku tak boleh tulis bertapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sesebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak. Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untok tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya. Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur. Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya. Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’ Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis. Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya. Anak aku sudahpun selamat dilahirkan.
Kami disuruh keluar untok Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin. Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina. Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang tacink habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju. Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak. Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit. Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni. Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada antara kita sering mengalami masalah tumit kaki terasa sakit bila bangun daripada tidur. Sewajarnya anda perlu ambil serius, segera dapatkan rawatan doktor!
Penyebab kepada rasa sakit ini adalah apabila berlaku radang pada bahagian plantar fascia mengikut bahasa perubatannya. Lazimnya plantar fascia kebanyakan dialami oleh mereka yang berusia antara 40-60 tahun. Pun begitu tidak mustahil bagi sesiapa pun terkena di usia di usia muda jika tidak menjaga kesihatan kaki dengan baik.
[su_highlight background=”#d2cdcf” color=”#da2835″] Cara Atasi[/su_highlight]
Ada beberapa cara atau kaedah untuk menyembuhkan rasa sakit tersebut. Salah satunya adalah dengan mengamalkan rawatan secara tradisional dengan menggunakan bawang bakar.
Amalan ini telah dipraktikkan oleh Siti Raudzah dan apa yang menarik perhatian, setelah tiga hari mengamalkan cara ini Siti Raudzah merasai perubahannya. Menurutnya, “Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak, sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan slow-slow dulu baru ok. Tapi sekarang bangun je, terus boleh jalan laju.”
“Petua ni ada sorang kakak bagi tahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. Perut pun kempis je. Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan.”
Puding Biskut Marie Mewah Dengan Coklat, Makan Sepotong Memang Tak Cukup
Puding biskut Marie dan kek batik, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan mudah dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mahal. Pendek kata sesuai untuk mak-mak yang anak ramai.
Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik.
PUDING BISKUT MARIE (EDISI KURANG MANIS)
LAPISAN PERTAMA: COKLAT
12gm agar-agar tali
4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair)
1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini
7 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe
5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau)
Secubit garam
½ cawan dark chocolate
¾ cawan gula (190 gram gula)
LAPISAN KEDUA: PUTIH
6gm agar-agar tali
2 cawan air
1 cawan susu cair
¼ cawan gula (80gm gula)
1 sudu kecil essen vanilla
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN PERTAMA: COKLAT
1. Masukkan 4 cawan air + 12gm agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi.
2. Kemudian baru masukkan ¾ cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.
4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.
6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.
7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.
8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci.
9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.
11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH
1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
3. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.
4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.