Resipi Biscoff Cheesecake Tak Perlu Oven, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap. Ini Rahsia Nak Dapat Hasil Cantik Begini!

Share

Menarik nampak resipi ni, mudah pula tu. Tak perlu nak guna oven. Cukup mudah. Resepi Biscoff Cheesecake ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook. Jom cuba resipi dari Nani Mohd.

Assalamualaikum hi semua, disebabkan lotus biscoff cheese cake sekarang tengah viral saya nak share resepi yang saya buat untuk makan dan jual. Tapi sebelum tu saya beginners je. Resepi asal dari Yatiekitchen . Terima kasih Yatiekitchen untuk resepinya. Cuma ni saya olah sikit untuk meniaga dan makan sendiri.

Resepi Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake

Crust:

125 gram lotus biscuits
45 gram unsalted butter – anchor

Cream cheese:
250 gram cream cheese – royal victoria
150 gram whipping cream(dairy) – anchor
25 gram castor sugar
1 tbsp biscoff spread
Cara-cara:
1.Hancurkan lotus biscuits (mula mula buat saya buat manual then saya beli food processor, so mana mana tiada masalah)
2. Cairkan butter, kemudian satukan dengan biskut yang dah hancur tadi. Kacau rata
3. Letak dalam loyang saiz 6′ inci. Rata dan padatkan. Chill dalam fridge.
4. Sementara tu, keluarkan 15 minit cream cheese bagi lembut sedikit sebelum tu. Kemudian beat cream cheese sehingga ber’creamy’ dan masukkan 1 tbsp biscoff spread tadi.
5. Whip kan whipping cream dengan castor sugar sehingga stiff peak. Jangan over beat. Agak2 kalau tuang tak tumpah, dah boleh stop.
6. Tuang dalam loyang dan chill lagi dalam fridge.
7. Cairkan 180 gm biscoff spread(saya guna kaedah double boil) dan biar sehingga sejuk. Dah sejuk tuang dalam loyang, kalau nak buat deco untuk drip boleh simpan sikit. Then chill kan 3-4 jam. Dah betul-betul sejuk boleh keluarkan dari loyang dan boleh la makan ️

– Untuk jual saya biasa chill kan semalaman. Supaya cream tu lebih selamat untuk di delivery.

-Saya guna loyang loose pan bukan spring form.
– Saiz mini tu saya jual RM15 bekas sq350. Satu adunan bahagi 5 bekas.
– Biscoff tu saya dapat stock dari bakeries atau jaya grocer. Tapi sekarang banyak sold out, boleh dapatkan dengan shoppee dan lazada juga
– Biscoff ni rasa dia caramelized biscuits, siapa suka caramel mesti suka.