Bingka Susu Kastard ini cukup simple je resipinya tapi sedap. Pendek kata boleh jadi pembuka selera buat seisi keluarga. Apatah lagi jika dibuat dengan penuh kasih sayang, Bikin bertambah sedap rasanya.
Kalau anda nak cuba buat sendiri Bingka Susu Kastard ini,boleh tengok resipi perkongsian daripada Esya Lisya Ng
Assalamualaikum semua lama sy tak berkongsi resepi kat sini..semoga sahabat2 semua sihat2 hendaknya ya in shaa Allah☺️
Guna sukatan Metrix
loyang saiz 7@8 inci
Bahan-Bahan A:
1) 1 Cawan tepung gandum
2) 1 Cawan Susu Cair
3) 3/4 Cawan Susu Pekat manis
4) 1 Sudu makan gula pasir
5) 2 Biji telur
Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati kemudian ketepikan dahulu.
Bahan Kastard B:
1) 2 Cawan air
2) 6 Sudu makan Majerin
3) 6 Sudu makan tepung kastard
4) Sedikit Esen vanila
5) Secubit garam
Cara – Caranya:
1) Masukkan air kedalam periuk,kemudian masukkan majerin,tepung kastard,Esen Vanila dan garam..kemudian gaulkan kesemuanya sehingga tepung kastard sebati baru nyalakan api dapur perlahan.
2) Masak kesemua bahan diatas sehingga sedikit likat kemudian masukkan kesemua adunan A kedalam bahan B gaulkan bagi semua tercampur rata dan sedikit pekat dan matikan api dapur.
4) Taburkan sedikit bijan jika suka..kalau tak ada bijan pun tak menggapa.
5) Bakar pada suhu 180 selama 40 minit ataupun sehingga masak ataupun mengikut suhu oven masing2.
Buat Orang Lapo
copy paste daripada
AmoyNiqabist🥰
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club