Resipi Bihun Tomyam Ala Siam Yang Sedap, Likat & Pekat Piaw. Kena Ada Bahan Ni Baru Kesedapan Luar Biasa!

Share

Selain sup, tomyam antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Tidak pedas malah kaya dengan taburan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.

Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi‎. Selamat mencuba!


Pekat. Likat. Terangkat.

Resepi Bihun Tomyam Piawww

Peminat tomyam ramai tak?
Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.

Tengok gambar pun terliur kan. Aha.
Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.

Silakan resepi istimewa cikgu.

  1. Sediakan bahan-bahan di bawah:

– 3 helai daun limau purut
– 4 tangkai cili padi
– 1 biji bawang besar Holland
– 4 ulas bawang putih
– 1 keratan batang daun ketumbar
– 3 hiris nipis lengkuas
– i inci halia (diketuk)
– 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya)
– 1 biji tomato

  1. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.

Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali.


*Rahsia memekatkan kuah*
  1. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.

– 1 pek asam pedas Adabi
– 1 pek tomyam Adabi
– 1 sudu besar Thai Tom-Yum

Antara pes yang cikgu suka.
  1. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
  2. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
  3. Biarkan ayam separuh masak.
    Seterusnya masukkan 3 gelas air.
    Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
  4. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa.
    Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
  5. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Rahsia penambah rasa.

Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.

  1. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong.
    2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
  2. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.

  1. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
  2. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.

Cuba tau kawan-kawan MAHN.
Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.

Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy