Resipi yang cukup ringkas tapi membuka selera sekelurga di rumah.
Sesuai sangat buat ibu-ibu yang pening apa nak disediakan, lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan.
Apa kata cuba bendi goreng rangup ini. Mudah, ringkas tapi sedap.
Barangan murah di SINI
Resipi bendi goreng rangup
Bahan Utama : Bendi basuh dan keringkan betul-betul
Bahan lain:
🌸1.5 – 2 sudu besar Adabi tepung Goreng ayam Pedas
🌸1 sudu besar corn flour
🌸1 sudu besar water
Cara:
1. Potong bendi kepada 4 bahagian secara memanjang
2. Gaulkan bersama tepung adabi pedas
3. Tambahkan1 sudu besar air untuk pastikan tepung lekat pada bendi. Jangan terlebih air nanti tak rangup pulak.
4. Masukkan tepung jagun, tapi pastikan jangan terlebih mix.
5. lepastu korang dah boleh goreng dalam minyak yang panas sehingga golden brown.
Korang boleh nampak macam mana tepung jagung tadi tak over mix. Itu yang akan membuatkan dia rangup!
6. pastikan korang terbalikkan bendi setelah sebelah masak. Lepastu dah siap untuk di makan!
Selamat mencuba!
Sumber: Taste Of Home Cooking
Belian murah di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club