Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Kudapan Minum Petang Seisi Keluarga
Kalau anda sekeluarga suka makan bergedil, ini ada resipi versi baru yang hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn. Sedap dan senang sangat cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dijadikan menu bekalan anak ke sekolah atau untuk anda sendiri ke pejabat.
Boleh buat lebih untuk difrozenkan. Bila-bila masa teringin nak makan boleh terus goreng je. Tak perlu risau bahan pengawet bagai sebab semua bahan kita tahu. Pendek kata kita mak-mak yang tentukan bahan yang kita nak adunkan.
Berikut dikongsikan resipi cara-cara membuat bebola kentang inti ayam.
BEBOLA KENTANG INTI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
Ads
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
Ads
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
Ads
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Mengetahui pasangan berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan.
Tapi isteri yang bijak tidak akan emosi terus menyerang suami atau ‘skandal’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini.
1. Kawal emosi dan belajar terima hakikat
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam.
Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.
2. Tidak menyalahkan diri sendiri
Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.
3. Mencari sokongan daripada orang yang boleh dipercayai
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang kecurangan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.
Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam. Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Selain itu, boleh juga dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa, kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.
4. Pertimbangkan pilihan secara rasional
Kecurangan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah. Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.
5. Cinta pada Ilahi
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah kecurangan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Takoyaki merupakan snek yang berasal dari Korea Selatan Jepun. Di Malaysia, makanan ini popular digemari ramai termasuk kanak-kanak. Biasanya kita akan membelinya di kedai. Kadang kala memang tak cukup jika membeli dalam kuantiti yang sedikit.
Namun, bagi yang nak makan sepuasnya, apa kata cuba buat sendiri di rumah.
Ikuti resipi yang dikongsikan ini. Jom buat!
Repeat lagi buat takoyaki sebab anak-anak suka sangay Beli tak cukup. RM10 dapat 10 biji je..bila mama buat, bole mkn byk2 n puas-puas. yummmyyy Saya pakai acuan kuih paniaram beli di kedai india.
Saya share resepi kalau ada yang nak mencuba. Thank you pada empunya resepi.
Cara²:- 1. Campurkan semua bahan² dalam bekas besar, blend n tapis 2.Adunan mesti cair mcm adunan roti jala baru lembut takoyakinya…
BAHAN INTI : Sotong/ udang/ crab stick/ sosej Kobis bulat dihiris halus
CARA MASAK : 1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang. 2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh 3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang 4. Taburkan sayur pilihan 5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah 6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan) 7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan 9. Teruskan sampai nampak garing 10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan 11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (sy guna sos bbq) Mayonis Seaweed beli kat kedai bakery Bonito flake – beli kat kedai bakery
Cara hias : 1. Drizzle sos takoyaki 2. Drizzle mayonis 3. Tabur seaweed 4. Taburkan bonito flakes
Sos Takoyaki sy guna sos bbq azad, sedappp sebijik rasa mcm beli kt kedai saya cairkan sedikit dgn air panas dn masukkan dlm botol sos utk mudahkan drizzle… Wallahhh dh bole mkn puas-puas!
Kuih ketayap ini sesuai untuk dinikmati ketika minum petang mahupun waktu sarapan nanti. Pasti tak cukup satu.
Biasanya kuih ketayap berintikan kelapa, apa kali ini jadikan ia berlauk. Sebagaimana perkongsian ini, kuih ini kelihatan lebih menarik apabila berintikan kentang. Sudah tentu lebih kenyang makan kuih cara ini.
Nak cuba, ikuti resipi ini.
Ketayap berlauk. Sesekali kita tukar inti ketayap. Dari inti manis ke inti kari. Buat minum petang atau sarapan tk kira waktu.
3 biji ubi kentang(potong dadu) Sedikit isi ayam atau daging (do potong kecil2) 2 ulas bwg putih(potong dadu) 1 biji bwg merah(hiris dan potong dadu) 1 pkt rempah kari daging(kecil) Daun sup garam Penambah rasa(aji)
Cara penyediaan: Campur semua adunan utk kulit hingga jadi adunan seperti goreng pisang. Tapis kan.. kemudian ambik sesenduk dan tuang atas kuali non stick ulangi hingga adunan habis. utk inti- tumis bwg merah,putih yg dh di potong dadu masukkan rempah kari.. gaul sebati. letak air skit.. biar terbit minyak masukkan ayam@daging masukkan kentang yg di potong dadu letak garam,aji perasakan,taburkan daun sup.tunggu hingga kering skit dan angkat ambil dadar td.letak inti,dan lipat@gulung. Macam buat ketayap inti kelapa. sedia utk di makan
Sumber: Eniza M. Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...