Bila menyebut ayam panggang yang enak kita biasanya terbayangkan ayam panggang Kenny Rogers yang popular yang diperap sempurna cukup membuka selera. Enaknya bila dimakan dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas.
Tapi kali ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarga apa kata anda sediakan sendiri untuk mereka. Bagi ibu-ibu suri rumah, petang nanti memang masa yang sesuai untuk mencuba. Boleh dijadikan hidangan untuk berbuka nanti. Pasti anak-anak menyukainya!
Bahan untuk perapan :
1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega
Cara membuat:
Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
Bahan untuk sos lada hitam :
1 1/2 cawan stok ayam @ daging
1/2 cawan susu segar
4 – 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang saleri – dicincang
1/2 biji bawang besar – dicincang
2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega
1/2 tin cendawan butang – dihiris
2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
garam dan gula – jika perlu
Cara membuat:
Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang saleri sehingga mendidih.
Kemudian tapis dan buang bawang serta saleri, Kemudian didihkan semula.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.
Selamat Mencuba!