Bila menyebut ayam panggang yang enak kita biasanya terbayangkan ayam panggang Kenny Rogers yang popular yang diperap sempurna cukup membuka selera. Enaknya bila dimakan dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas.
Tapi kali ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarga apa kata anda sediakan sendiri untuk mereka. Bagi ibu-ibu suri rumah, petang nanti memang masa yang sesuai untuk mencuba. Boleh dijadikan hidangan untuk berbuka nanti. Pasti anak-anak menyukainya!
Bahan untuk perapan :
1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula gula perang
2 sudu besar herba campuran
Ads
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air
Sedikit mentega
Cara membuat:
Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Ads
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
Bahan untuk sos lada hitam :
1 1/2 cawan stok ayam @ daging
1/2 cawan susu segar
4 – 5 sudu serbuk lada hitam
2 cm batang saleri – dicincang
1/2 biji bawang besar – dicincang
Ads
2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega
1/2 tin cendawan butang – dihiris
2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
garam dan gula – jika perlu
Cara membuat:
Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang saleri sehingga mendidih.
Kemudian tapis dan buang bawang serta saleri, Kemudian didihkan semula.
Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan juga cendawan butang.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memancing selera anak-anak dengan kita membeli Mozzarella Stick yang sedia ada dijual dikedai-kedai terpilih, pasti tidak akan menghampakan. Anak-anak tentunya makan berselera hinggakan seakan nampak macam tidak puas makan pula jadinya. Maklumlah, kalau hendak beli dalam kuantiti yang banyak, boleh tahan juga harganya.
Jadi apa kata kita buat sendiri dengan hanya menggunakan roti bersama 3 bahan lainnya, Mozzarella Stick dapat kita hidangkan untuk keluarga makan berkali-kali hingga kekenyangan.
Menyediakannya juga cukup mudah dan ini caranya.
Mozzarella Stick Senang Namatey
Beli yang siap, dapat sikit je kan. Anak-anak piranha pulak ramai ni yang kelaparan. Buat sendiri je lah. Dapat banyak. Senang namatey pulak tu.
Guna roti je guys.
Bahan-bahan:
Roti, keju mozzarella, mentega, daun thyme
Cara penyediaan:
1. Buang tepi-tepi dia tu, bagi tinggal bahagian yang berwarna putih je. Gelekkan.
Oh ya, nota penting. Bahagian tepi-tepi yang dipotong tu jangan buang. Simpan tepi luuu.
2. Sapukan butter sikit pada roti tadi. Susun mozzarella memanjang. Taburkan daun thyme kalau suka.
3. Lepas tu gulung macam ni. Untuk lekatkan gulungan, saya basahkan sikit dengan susu dan cantum. Sapukan butter dan tabur lagi daun thyme. Tak letak pun tak apa, tapi kalau letak lagi sedap.
4.Bakar tak perlu api kuat dan lama sangat, cukuplah sekadar mozzarella di dalam tadi cair. Agak-agak je lah ya dalam 10-15 minit, lapisan roti dah garing dan rangup. Cuba patahkan sikit sebatang dan bila mozzarella dah boleh ditarik macam tu…dah masak eloklah tu.
Jadi lebihan tepi-tepi roti tadi buat apa je? Macam biasa jangan buang. Kumpul macam ni ha.
2. Tuangkan ke dalam lebihan roti tadi. Tabur kismis atau apa-apa dried fruit yang ada. Letak coklat chips pun sedap. Bakarlah ya sampai masak. Api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing-masing.
Tadaaa… Dah jadi dua hidangan kan. Tanpa pembaziran.
Pelakon Rafidah Ibrahim berkongsi detik cemas dan sedih apabila anak dalam kandungan yang berusia empat bulan keguguran.
Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagramnya, dia meluahkan ksedihan atas kehilangan anak syurga yang diberi nama Abdullah bin Shahzemir.
“Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Magrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yg berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.
“Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.
“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau. Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.
“Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan. Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).
Tak sempurna tapi sudah cukup sifat
Akui Rafidah lagi, detik tersebut menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan sepajang hidupnya. Impian bergelar ibu nampaknya tidak kesampaian. Kesedihan hanya Tuhan yang tahu.
“Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.
“Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.
“Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan.
Biarpun jantina bayi masih belum dikenalpasti memandangkan usia kandungan masih kecil, namun pasangan ini tetap menamakan bayi syurga mereka dengan nama yang siap disediakan untuk bayi itu jika lahir kelak.
Jantina bayi tak dapat dikenalpasti
“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah). Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan.
“Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik. Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.
Jenazah dikebumi sebelah kubur arwah ibu dan ayah
Rafidah dalam pada itu turut melahirkan ucapan terima kasih serta penghargaan buat ahli keluarga, sahabat serta pengikutnya di media sosial yang sering menitipkan doa buat zuriatnya itu.
“Terima kasih juga buat Abg Rais yg membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya. Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yg sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat.
“Terima kasih sekali lagi buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat,” luah Rafidah.
Bagi isteri yang sangat sibuk terutamanya yang bekerja, cili kisar sangat penting untuk disediakan bagi memudahkan anda ketika hendak menyediakan hidangan untuk keluarga. Selain membeli cili kisar segera di kedai, ada juga yang lebih gemar menghasilkan bahan ini sendiri menggunakan cili kering.
Namun, tidak ramai mengetahui cara untuk mengekalkannya sehingga tahan berbulan lamanya dan tidak berkulat putih. Justeru itu, mari lihat resepi cara membuat cili kisar yang boleh tahan berbulan seperti yang dikongsikan oleh Puan Mim Yusof.
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tahu kan? Tapi tak apa, nak share jugak lah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu kan.
Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan. Insha Allah, buat macam ini tahan lama, sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHANNYA:
* 400gm cili kering.
* 3 labu bawang putih.
* Air tapis.
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih sebelum dicuci bersih-bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
3. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi cuma tos saja sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
4. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sedikit.
5. Kemudian kisar dengan menggunakan air tapis jangan guna air paip ye. Guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.
Insha Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.