Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Crunchy Di Luar Juicy Di Dalam. Enaknya!

Share

Bila menyebut ayam panggang yang enak kita biasanya terbayangkan ayam panggang Kenny Rogers yang popular yang diperap sempurna cukup membuka selera.

Tapi kali ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarga apa kata anda sediakan sendiri untuk mereka. Hari minggu begini memang masa yang sesuai untuk mencuba.

๐Ÿ’œ1ekor ayam(cuci bersih)

๐Ÿ’œ2labu bwg beso

๐Ÿ’œ7ulas bwg putih

๐Ÿ’œ2inci halia

๐Ÿ’œ2sb pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)

๐Ÿ’œ1senduk sos blackpaper aka sos lada hitam

๐Ÿ’œ3sb majerin(cairkan atas api)

๐Ÿ’œ1biji ubi kentang(rebus empuk)

๐Ÿ’œ1ketui kiub pati ayam

๐Ÿ’œ1sk garam

๐Ÿ’œ2sb gula pasir

Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap dan sexy.

Semua bahan-bahan ni blend dengan sedikit air (suku cawan air je)

Dah kisar semuaโ€ฆ.perapkan dengan ayam.

Cikpooja perap 2jam sebelom bako..lagi lama perap lagi sedap.

Pas tu bakar suhu 200ยฐ 45 minit sampai masakโ€ฆ

Api atas bawah.

Ikut pada oven masing2 la yea.

Cikpooja suka yg crunchy diluar lembut juicy didalamโ€ฆsbb tu letak suhu tinggi.

Sekian..

Selamat mencuba

Kredit: Cik Pooja