
Bila menyebut ayam panggang yang enak kita biasanya terbayangkan ayam panggang Kenny Rogers yang popular yang diperap sempurna cukup membuka selera.
Tapi kali ini sebagai hidangan istimewa untuk keluarga apa kata anda sediakan sendiri untuk mereka. Hari minggu begini memang masa yang sesuai untuk mencuba.
💜1ekor ayam(cuci bersih)
💜2labu bwg beso
💜7ulas bwg putih
💜2inci halia
💜2sb pati Oren sunquick(yg dalam botoi tu)
💜1senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
💜3sb majerin(cairkan atas api)
💜1biji ubi kentang(rebus empuk)
💜1ketui kiub pati ayam
💜1sk garam
💜2sb gula pasir
Kentang, brokoli, tomato cerry tu optional la. Tak nak letak pon tak apa, ayam tetap sedap dan sexy.
Semua bahan-bahan ni blend dengan sedikit air (suku cawan air je)
Dah kisar semua….perapkan dengan ayam.
Cikpooja perap 2jam sebelom bako..lagi lama perap lagi sedap.
Pas tu bakar suhu 200° 45 minit sampai masak…
Api atas bawah.
Ikut pada oven masing2 la yea.
Cikpooja suka yg crunchy diluar lembut juicy didalam…sbb tu letak suhu tinggi.
Sekian..
Selamat mencuba
Kredit: Cik Pooja
Lewatkan Sarapan Jadi Punca Gastritis & Gemuk? Dr Ni Jelaskan Tanggapan Orang & Faktanya!

Mungkin ada antara sejak dari dahulu dimomokkan dengan banyak mitos berkenaan penambahan berat badan dan penurunan berat badan. Contohnya, jangan ambil sarapan jika mahu turunkan berat badan atau ada juga yang nasihatkan kena ambil sarapan untuk elak makan terlebih banyak ketika waktu tengah hari diebabkan perut terlalu lapar.
Hal ini menyebabkan ramai antaranya keliru ‘nasihat’ mana yang betul dan patut diamalkan dalam penjagaan berat badan yang ideal.
Jadi apa kata kita dengar kajian-kajian yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan benarkah melewatkan sarapan menjadi penyebab gemuk dan gastritis pada seseorang. Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
MELEWATKAN SARAPAN BOLEH MENYEBABKAN GASTRITIS DAN GEMUK?
Ramai yang beranggapan apabila kita melewatkan boleh menyebabkan gastritis atau menyebabkan kita menjadi gemuk kerana kita akan makan dengan lebih banyak.
Dalam kajian terbaru, gastritis tidak disebabkan oleh kita tidak makan, tetapi disebabkan kita tidak ada lapisan pelindung yang dinamakan mucin pada permukaan dalam perut. Ini menyebabkan asid yang dikeluarkan ketika mencernakan makanan akan mencederakan perut.
Lapisan ini tidak dihasilkan kerana sel-sel “mucous neck cell” telah dirosakkan oleh pengambilan ubat penahan sakit, tabiat merokok, dan ubat steroid.
Malah ada pendapat yang terbaru mengatakan dengan berpuasa atau menjarakkan makan 4-6 jam dapat membantu mengurangkan masalah gastritis kerana apabila kita tidak makan, perut kita tidak menghasilkan asid yang mencederkan perut. Asid hanya dikeluarkan apabila kita makan.
Ada juga yang mengatakan apabila tidak bersarapan, ia akan untuk mengambil kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari melebihi kuantiti yang sepatutnya.
Saya setuju. Tetapi kita boleh melebihkan pengambilan sayur dan buah seperti mana yang dicadangkan dalam konsep pemakanan Healthy Plate. Di Malaysia dikenali sebagai Suku suku separuh.
Dengan mengamalkan konsep pemakanan ini, kita menjadi lebih sihat kerana lebih banyak sayur dan buah kita ambil, kita menjadi lebih sihat. Jangan tambah nasi tetapi banyakkan buah dan sayur, bila kita masih berasa lapar.
Jika berasa pedih perut pada waktu pagi, ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Ia melegakan rasa tidak selesa dalam perut.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak. Mudah & Tak Perlu Beli Lagi!

Kunyit antara bahan asas yang digunakan dalam masakan. Bukan itu je, ia memiliki khasiat tertentu, baik daripada pucuk hingga ke umbinya.
kalau ibu-ibu jenis yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Cukup mudah dengan cara ini.
Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak.
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini.
Cara menyediakan benih untuk disemai.
Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
Medium tanaman.
Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Cara tanam
Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam.
Pencahayaan.
Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Siraman.
Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air.
Pembajaan.
Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
Sumber: Suara Petani
Lelaki Ni Kongsi Surah Mudahkan Isteri Bersalin. Rupanya Itu Juga Amalan Ilmuan Islam Yang Dijangkiti Covid-19!

Momen paling indah dalam hidup seorang wanita adalah apabila diri disahkan mengandung dan bakal melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Lengkap sudah fitrah hidup bagi seorang wanita apabila lahirnya si kecil tanda kasih dan sayang, sekali gus melengkapkan syurga kecil suami isteri.
Dalam menantikan si kecil ini, pasti isteri paling berdebar menantikan saat-saat untuk melahirkan. Pelbagai persediaan dilakukan. Namun, bukan hanya isteri, sang suami juga kena sama-sama memberi semangat dan berada di sisi suami kerana waktu inilah isteri amat memerlukan anda.
Sementara menantikan isteri melahirkan zuriat anda, suami mestilah mengamalkan bacaan doa untuk isteri yang sedang bertarung nyawa di wad bersalin. Ini sedeikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan. Saudara Haris Darus berkongsi beberapa surah yang boleh para suami amalkan untuk memudahkan isteri bersalin.
10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke karma bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan wabak-19.
Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar karma bersalin.
Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19.
Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri.
Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.