Ini adalah perkongsian resepi paling mudah dan ekspres untuk anda buat sos spaghetti menggunakan tomato segar.
Tak payah nak guna sos tomato dalam tin lagi, Jimat dan juga dapat elak dari makanan yang diproses. ini cara buat sos tomato yang dikongsikan oleh puan Zurina Zulkefli.
Selamat mencuba!
Saya kongsi di sini ya kot ada yg teringin nak makan spaghetti tapi tak guna sos dalam tin. Saya guna tomato segar untuk dimakan bersama spaghetti. Walaupun rasa dia tak sepekat dan semasam Prego tapi masih sedap dimakan.
Resepi boleh rujuk setiap gambar ya.
Cara membuat:
Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.
Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.Jadi, masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yg telah direbus. Kacau sebati.
Dalam kita menghadapi serangan wabak COVID-19 ni dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, jadi nak tak nak kena pandai berjimat memandangkan kita tak boleh keluar bekerja. Bagi yang ada anak ramai pastinya akan terasa impak dari penularan wabak ini.
Admin kongsikan resipi Kuih Pintal atau ada juga yang memanggilnya Kuih Gulung yang cukup mudah dibuat dan yang penting bahan digunakan ringkas dan menjimatkan.
Moga bermanfaat buat ibu-ibu untuk menyediakan hidangan sekeluarga. Ringkas tetapi sedap. Anak-anak dan suami pasti suka. Makan bersama-sama mengeratkan lagi kasih sayang.
Kuih gulung 3 bahan 🥰 (15minit siap)
Jimat sejimat jimatnya dah ni 🙊.
Bahan-bahan (Anggaran 8-10biji) 👉 Telur sebiji 👉 Gula 2 sudu 👉 Tepung pulut (Agak agak sampai jadi doh)
Cara-cara 👉 Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu jak pun boleh.
👉 Dah kembang, masukkn tepung pulut. Agak agak jak sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air. 👉 Dah uli, gulung gulung ikut bentuk macam di bawah.
👉 Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkn kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
👉 Biarkan kejap, pastu tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh 🥰.
*If nak tambah garam sikit, tepung banyak n tambah air pun boleh.
Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan. Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.
RESEPI KACANG GORENG HOMEMADE SEDAP UNTUK KUDAP-KUDAPAN KACANG TANAH GORENG Bahan-bahan: Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk rencah nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya Cara Memasak: 1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk. 3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek. 4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di