Simple tapi sedap, itu yang jadi pilihan ibu-ibu tiap kali nak menyediakan menu berbuka buat seisi keluarga. Tak perlu menu yang rumit kerana itu memakan masa selain menyebabkan ibu kelelahan.
Kali ini admin nak kongsikan satu resipi yang cukup sempoi dan ringkas cara penyediaannya, tapi pasti menambah selera seisi keluarga. Jom cuba resipi ini.
RESEPI AYAM MASAK GORENG KARI + KENTANG! Sedap sgt2 ni korang wajib cuba utk berbuka puasa ni!
Bahan-bahan:
1ekor ayam – dilumur garam kunyit (goreng) bawang merah bawang putih halia cili padi serai daun kari bawang holland rempah kari daging adabi + kari ikan babas Ubi kentang-potong wedges ( goreng)
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar.
Cara membuat:
Ads
Bahan2 kisar dan potong.
2. Bahan ni di kisar
3. Yg ni potong nipis je
Ads
4. Tumis biar sampai kuning
5. Masukkan yg di kisar sampai naik bau
6. Dah pecah minyak mcm ni bru sedap
Ads
7. Kentang digoreng dulu
8. Goreng ayam dgn kunyit
9. Masukkan dlm kuali dan sebatikan. Siap!
Sumber Resepi: Cahaya Kasih Firdausi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun anaknya sudah menginjak ke umur 9 bulan, namun hasrat untuk mengadakan majlis aqiqah akhirnya terlaksana jua. Demikian perkongsian Betty Rahmad menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya.
Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat.
Dalam masa yang sama, Betty turut memuji akan dekorasi pelamin aqiqah buat anaknya itu. Rupa-rupanya, dia menggunakan orang yang sama ketika majlis malam berinai.
Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati! 💙 #ardywira
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Ardy Wira yang dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Menu minum petang paling mudah adalah masakan bergoreng sama ada mee goreng atau char kuay teow. Tapi nak buat rasa macam kena lah tahu rahsianya.
Kepada suka masakan char kuay teow boleh cuba resipi ni. Siap ada cara nak buat kuah kicap dan pes cili. Rupanya ini penyedap buat rasa char kuay teow ini resipinya.
______________________________
Resepi Char Kuay Teow.resepi ni dah banyak kali saya buat untuk makan sendiri,untuk open house pun boleh tapi kena masak satu-satu hidangan la ye baru sedap,makan panas-panas.
RESEPI CHAR KUAY TEOW (Resepi untuk 4~ 5 orang makan.kalau nak banyak gandakan sukatan.
bahan kuah kicap:(boleh sediakan awal)
1 liter air 6 ulas bawang putih(ditumbuk) 1 kiub ayam 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan kicap manis 3 sudu makan kicap sotong 2 sudu makan gula garam caranya: satukan semua bahan kecuali garam.Didihkan 20~ 25 minit. dah siap baru letak garam. biar kuah rasa masin sikit.
bahan pes cili :(boleh sediakan awal)
100 gm cili kering(bersihkan) 1 genggam udang kering 1 labu bawang putih minyak masak secukupnya caranya:kisar semua bahan,tumis sampai garing dan pecah minyak.siap.boleh simpan. Minyak bawang putih:(tak ada dalam gambar-kalau tak buat pun tak apa) kisar 1 labu bawang putih dan rendam dalam minyak.(agak-agak secawan)
Cara-cara memasak char kuay teow: 1)panaskan 1 sudu minyak bawang putih. 2)goreng udang sebentar(ikut suka berapa ekor nak).boleh juga letak isi kerang kalau ada.bila udang dah masak. 3)masukkan 1 sudu makan pes cili. kacau. 4)masukkan 1 senduk kuah kicap char kuay teow(ikut suka banyak mana kuah yang kita nak).Dah mendidih. 5)terus masukkan tauge,kucai & kuay teow.kacau-kacau sekejap aje jangan lama sangat nanti kuah kering. 6)Pecahkan telur,tutup api dan terus kacau laju-laju.siap. Nota:- 1)setiap kali buat set char kuay teow ni masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin,manis,pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama,lain jenama lain rasanya.adjust rasa dalam kuah kicap tu.tambah apa yang kurang.bila dah ok yang pertama tu barulah senang nak masak yang seterusnya. 2)Udang ikut suka nak kopek atau tak.kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi. Selamat mencuba!
Kredit: EnazKitchen
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak semua selebriti yang suka berkongsi kehidupan peribadi keluarga untuk tatapan orang ramai.
Selain privacy, ini juga salah satu cara menjaga keselamatan ahli keluarga. Namun pelakon cantik manis ini tidak lokek berbuat demikian.
Penampilan pelakon Zila Bakarin yang kini sudah bertudung dilihat semakin sopan juga turut meraih pujian ramai.
Zila mengambil keputusan untuk berhijab pada awal November 2018. Selepas itu, dia jarang muncul di kaca TV. Untuk rekod, Zila berkahwin dengan Azri Izhar pada 2008
Menerusi Instagramnya, pelakon cantik dan putih orangnya ni memuat naik gambar anak perempuannya iaitu Kaseh dan Cinta. Masing-masing kini berusia 9 dan 12 tahun di ruangan instagramnya.