
Simple tapi sedap, itu yang jadi pilihan ibu-ibu tiap kali nak menyediakan menu berbuka buat seisi keluarga. Tak perlu menu yang rumit kerana itu memakan masa selain menyebabkan ibu kelelahan.
Kali ini admin nak kongsikan satu resipi yang cukup sempoi dan ringkas cara penyediaannya, tapi pasti menambah selera seisi keluarga. Jom cuba resipi ini.
RESEPI AYAM MASAK GORENG KARI + KENTANG!
Sedap sgt2 ni korang wajib cuba utk berbuka puasa ni!
Bahan-bahan:
1ekor ayam – dilumur garam kunyit (goreng)
bawang merah
bawang putih
halia
cili padi
serai
daun kari
bawang holland
rempah kari daging adabi + kari ikan babas
Ubi kentang-potong wedges ( goreng)
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar.
Cara membuat:
- Bahan2 kisar dan potong.
2. Bahan ni di kisar
3. Yg ni potong nipis je
4. Tumis biar sampai kuning
5. Masukkan yg di kisar sampai naik bau
6. Dah pecah minyak mcm ni bru sedap
7. Kentang digoreng dulu
8. Goreng ayam dgn kunyit
9. Masukkan dlm kuali dan sebatikan. Siap!
Sumber Resepi: Cahaya Kasih Firdausi
“Buka ‘Kedai Runcit’, Umpan Anak Buat Kerja Rumah.” Ibu Ni Kongsi Aktiviti Bersama Anak Tanpa Gajet Waktu PKP!

Ada pelbagai cara yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak-anak sepanjang PKP ni, apa lagi inilah peluang untuk mengeratkan hubungan sementelah sebelum ini masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.
Pun begitu, ada anak-anak yang mungkin asyik dengan gajet sepanjang cuti ini bagi mengisi masa lapang mereka. justeru, ibu bapa kena bijak mencari pendekatan terbaik bagi mengelakkan situasi ini.
Pendekatan yang diambil oleh puan Syahirah Hanie cukup kreatif dan bagus. Selaian mengelakkan anak-anaka syik dengan gajet, ini juga salah satu cara melatih mereka membuat kerja rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak akan rasa dihargai apabila diberi upah atas apa yang mereka lakukan. Jom kita cuba sendiri di rumah, pasti seronok kan.
Aktiviti Bersama anak anak tanpa gajet sepanjang PKP.
Hye. Akak nak cerita sikit aktiviti 3 Powerpuff girl di dalam rumah sepanjang PKP.
Idea ni dari oversea. Menarik juga la. Sambil Bantu Umi dia Dan dapat duit ganjaran.
Satu petang akak pergi beli biskut,air kotak,sedikit keropok,roti. Semua no faveret anak anak.
Hari pertama diorang bangun pagi. Dan akak tunjukan mini market dalam petak almari.
Diorang memang exsaited. Tapi no no no. Bukan semua boleh terus makan. So akak tunjukan aktiviti sepanjang berada di dalam rumah. Dan tunjuk berapa ganjaran sorang boleh dapat.
Disebabkan akak Tak de duit saidina dalam rumah . Akak tukarkan stiker sebagai duit
Hari pertama memang rajin semuanya. Berebut nak buat. Tapi akak agihkan semua kerja. Buat biar setimpal yang diterima. Bukan basuh pinggan Dua keping je baru dapat. Tapi bukan. Akak saje kumpulkan banyak. Berbaloi sikit. Tak de la sewenang nak bagi🤣
Cara macam ni memang senang dari sebelum ni. Puas la suruh tolong Umi dia kemas rumah.
Bila suruh sidai baju. Ada yang Tak puas hati suruh tolong sama. Bila Tak tolong , sorang geram Dan membebel . Ni perangai sikembar la. Mesti kene panggil sama juga kalau nak buat kerja.
Kedai mini ni akak buka setiap pukul 5 hingga 7malam. So sehari sekali je buka. Tapi Hari ketiga akak buka malam. Sebab diorang lapar. Dan bila solat 5 waktu dapat kumpul banyak ganjaran. Akak bagi waktu lepas isya. Tu yang buka malam je sekarang ni.
Sepanjang 4 Hari buat ni. Wafa sayang nak belanja duit dia sendiri.sampai rm500 lebih baru la dia nak membeli secara sikit.
Yang si kembar setiap Hari membeli.
Selama 5 Hari buat aktiviti ni. Diorang jarang minta hp nak tengok 5 minute craft. Bila akak offer. Nak tengok Tak. Dia kata Tak nak. Nanti duit ganjaran abis.
Sebenarnya Ada banyak aktiviti yang lain. Tapi akak Tak sempat nak ambil gambar basuh pinggan,lipat baju.
Terima kasih sudi baca akak punya aktiviti
Bersama anak sepanjang pkp. Korang buat la macam ni dekat anak anak. Memang berbaloi. Masih banyak Masa Kita buat aktiviti ni bersama anak anak. Wafa sendiri cakap. Abis pkp nanti sambung la aktiviti ni ye Umi. Ok Umi onz je🥰
Boleh SHARE jika memberi manfaat kepada semua ibu ibu yang lain.
#pkp
#aktivitipkp
#rmo
#aktivitiwww
Jadi Anak Tak Susah Kalau Tahu Cara Nak Jadi Suami Baik. Jangan Syurga Yang Kita Cari, Tapi Neraka Yang Kita Dapat. Deep Pesanan Lelaki Ni!

Sering kali orang melabelkan ‘anak mak’ kepada lelaki yang cukup rapat dengan ibunya. Justeru, apabila lelaki ini mahu mendirikan rumah tangga, ada yang berpendapat sukar untuk menantu dan mentua untuk sepakat dalam segala hal. Kerana itu, ada yang cuba mengelak dari bertemu jodoh dengan ‘anak mak’.
Namun, kalau sudah jodoh, terima pasangan seadanya dan cubalah mencari alternatif supaya rumah tangga yang dibina aman bahagia. Dalam masa yang sama hubungan dengan mentua tetap jernih.
Sebenarnya, terpulang kepada bagaimana suami isteri itu melayari mahligai hidup bersama. Masing-masing kena memainkan peranan dalam memastikan rumah tangga yang harmoni, saling menghormati dan mencari jalan agar tidak melukakan hati pasangan dalam segala tindak tanduk.
Ada teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, secara semula jadinya anak lelaki sememangnya lebih cenderung untuk rapat dengan ibu manakala anak perempuan pula lebih senang untuk bersama bapa.
Cuma, apabila ada anak lelaki terbawa-bawa sikap itu hingga dewasa dan lebih parah selepas melangsungkan perkahwinan pun segala keputusan berkaitan rumah tangganya akan dirujuk kepada ibunya terlebih dulu hingga mengetepikan perasaan isteri sendiri.
Jika keadaan ini tidak dibendung, mulalah berlaku banyak pergaduhan antara suami isteri, isteri bermasam muka dengan ibu mertua dan lebih teruk, berlaku perceraian kerana sikap suami yang melebihkan ibu sendiri dalam semua hal.
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin tentang isu ini.
Boleh nak jadi “anak mak”, tapi berlakulah adil…
Semua isteri tahu yg syurga seorang lelaki itu tetap bersama ibunya…semua isteri sedar akan perkara ini, tp janganlah jadikan itu sebagai alasan utk kita berlaku tidak adil dgn isteri, iaitu melebihkan ibu sehingga mengabaikan tanggungjawab2 terhadap si isteri dan anak2…
Susah isteri nak berlapang dada bila jd mcm ni…
Nak buat keputusan utk keluarga sendiri hatta keputusan yg kecil, simple seperti nak p jalan2, nk kluar makan, nak belanja anak2, nak beli barang – semua tanya mak…
Apa jua yg berlaku dlm rumahtangga, isteri masak tak sedap, isteri blk keje lambat, isteri sibuk dgn anak2, isteri p kursus seminggu, isteri balik umah org tuanya – semua bgtau kat mak…

“Mak saya kalau potong sayur, dia x potong mcm awk potong…mak saya klu siang ikan, dia akan buang isi perut ikan dlu…mak saya klu sidai baju, dia akan libas2 dulu baju…” – Semua dibandingkan dgn apa yg mak buat…
Apa yg perlu kita tahu, cara mak dgn cara isteri TAK SAMA tp at the end, keputusannya SAMA, hasilnya SAMA…sayur bleh mkn walaupun dipotong mcm tu, ikan boleh digoreng walaupun disiang mcm tu dan baju boleh kering dan dilipat walaupun dijemur mcm tu…
Ada kebaikan, ada keburukan jika kita nk tanya, bgtau dan bandingkan dgn mak akan smua perkara yg berlaku dlm rumahtangga kita…cumanya, kita perlu menilai dari sudut perlu atau tak kita berbuat sedemikian…apa kesannya jika kita berbuat sedemikian…
Jadi seorang anak tak susah klu kita tahu cara nk jadi seorang suami yg baik…tp klu kita hanya tahu cara utk menjadi seorang anak sahaja, maka kita akan buat salah dlm menjadi seorang suami…
Letakkanlah mereka berdua di tempat yang sama, yg istimewa dalam hati kita kerana kedua-duanya adalah tanggungjawab utk dijaga dan disayangi oleh kita sebagai seorang suami dan anak…
Jgn syurga yg kita cari, tapi neraka yg kita dapat dek kerana penganiayaan yg kita buat terhadap isteri dan anak2 kita sendiri…✌️
“Hargai Ibu Ayah Selagi Ada. Bila Sudah Kafan, Jenazah Depan Mata Baru Nak Teringat.” Perkongsian Ustaz Ebit Lew Buat Hati Tersentuh. Sebaknya!

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew mengenai ibunya yang telah pergi cukup menyentuh hati. Bahkan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan pelajar sekolah yang mendengar ceramahnya menangis teresak-esak. Sungguh menyentuh hati dan sebak.
“Hargai mak ayah dan cintai mereka. Jangan sekali-kali sakiti dan buat air mata mereka mengalir sedih kerana kesalahan kita. Kata Ustaz Ebit Lew menerusi program Prokids yang dilakukannya pada sekolah-sekolah.
Kita kena syukuri nikmat Islam. Abang kakak adik anak-anak saya..kita kena belajar syukuri nikmat Islam, hargai Islam. Allah sayang kita dia beri mak ayah yang baik.
Saya pun sayang mak saya, tapi mak saya dah tak ada, dah meninggal dunia. Saya ada peluang untuk jumpa dia lagi sebab mak saya meninggal dengan Islam. Dia meninggal dengan jaga sembahyang di hujung-hujung usia dia.
Mak saya dah tua, sebelum meninggal dia sakit. Masa umur saya 15 tahun kami semua orang susah, bapak saya bankrap, mak saya kerja kedai makan. Tengah malam baru mak bawak balik nasi goreng pataya. Tengah malam semua lapar, dapat nasi goreng saya terus menangis sebab tak ada makanan nak makan kat rumah.
Sejak itu saya kata saya takkan susahkan mak ayah saya lagi. Sejak umur 15 tahun sampai sekarang saya tak pernah mintak duit kat mak. Dekat sekolah dan asrama kawan-kawan makan sedap, saya tak ada duit, saya teringin saya menangis. Saya doa kat Allah, saya teringin nak makan macam kawan-kawan saya.
Bila dah kerja, gaji pertama saya 700, semua gaji saya bagi kat mak saya. Ada lebih saya makan, tak ada saya tak makan. Setiap hari saya tulis surat pada mak ayah saya. Jangan risau mak kata kita ada Allah. Mak kata tak senang pun tak apa.
Tiga tahun lepas rezeki saya mencurah-curah, saya pergi kawasan pendalaman. Saya tengok anak orang asli hidu gam, saya tekad nak islamkan mereka. Satu hari adik saya call cakap mak saya sakit.
Saya tak pernah terfikir mak akan sakit. Saya batalkan ceramah sebulan lebih nak jaga mak saya tapi mak saya kata saya anak derhaka kalau saya batalkan dakwah saya di situ. Saya menangis bila mak tak bagi saya balik.
Cinta yang paling ikhlas adalah cinta mak ayah pada anak-anaknya. Setiap kali telefon mak saya mintak mak letak pipi kat telefon sebab saya nak cium, mintak letak tangan di telefon supaya saya nak cium. Saya rindu nak cium tangan dia.
Tapi satu hari tengah ceramah, ada orang bagitau ustaz kena ke hospital sekarang. Saya pergi ke hospital masa tu saya teringin nak cium mak saya. Mak saya dah terbaring, penuh wayar penuh di muka. Saya doakan mak saya dipanjangkan umur masa tu.
Lepas saya doa mak saya meninggal. Saya mandikan jenazahnya. Masa saya ambil air sembahyang adik beradik saya beritahu muka mak saya tersenyum. Mak saya bukan ustazah bukan pendakwah, bukan terkenal pun tapi bila dia meninggal mak saya tersenyum. Saya balas senyuman mak saya.
Selamanya ni bukan saya yang susah berdakwah tapi mak saya. Saya dapat apa yang saya dapat ni kerana mak saya. Saya balik saya ambil baju mak saya. Baju tu sampai sekarang saya simpan. Saya rindu mak saya.
Siapa ada keluarga sila hargai mak ayah awak. Awak akan tahu nilainya bila mak ayah sudah dikafankan, jenazah berada di depan awak, baru awak akan teringat mereka semua. Saya yakin bahawa anak-anak yang baik adalah anak-anak yang sayangkan mak ayahnya.
Sila hargai mak ayah anda.
Sumber: Uztaz Ebit Lew