
Hari ke empat Syawal, dah bosan asyik makan rendang dan lemang ketupat. Apa kata tukar menu untuk makan malam nanti. Cuba resipi yang dikongsikan ini.
Menyesal tengok….
Cam sedapjer..
Sib baik aku tak reti masak…hehe
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
Try la. Sedap sangat. Rasa masam manis pedas
Bahan – Bahan
Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
Lada besar 1 biji – mayang
Cili padi 3 biji – mayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur
Cara-caranya :
1) Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar.
2) Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng.
3) Toskan minyak ayam.
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
7) Masukkan sedikit air.
8) Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10) Bila sebati, biar sekejap dan siap!
Kredit : Fatin Pauzi via MAHN
“Itu Suami Pertama & Terakhir Saya!” Dian P Ramlee Kongsi Kisah Peribadi Lepas 4 Dekad Dalam Bidang Seni, Tak Galak Anak Ikut Jejak Langkah

Pelakon yang satu ini memang jarang berkongsi hal peribadinya, termasuklah bab kehidupan peribadinya sepanjang empat dekad mencipta nama dalam bidang lakonan. Namun itu tidak bermakna Dian P Ramlee bebas daripada sasaran gosip.
Dian atau nama sebenarnya Salfarina Mum, 61,dikatakan pernah dua kali bernikah, selain dianggap janda gara-gara tidak berkongsi wajah suaminya, sedangkan rumah tangga yang dibina bersama Md Amanti Ahmad pada 28 September 1981 kekal utuh.

“Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.
“Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.
“Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan janda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.
View this post on InstagramNi la family mummy anak2 @alsafr1n @ariantiamnt @adiantiamnt n cucu Afeef Armani..???
A post shared by Dian P Ramlee (@dianpramlee) on
“Dahulu, suami saya bekerja sebagai pramugara, namun sudah pencen. Bayangkan, selepas berkahwin dan mengandung anak pertama, ada yang cakap kami sudah bercerai.
“Ketika melahirkan anak kedua, saya sekali lagi dikaitkan dengan perkara sama. Lahir anak ketiga pula, saya dikatakan berkahwin lagi. Hakikatnya, semua itu tidak benar,” katanya.
Dian berkata, ketika gosip mengenai rumah tangganya hangat diperkatakan, dia dan suaminya menjalani kehidupan seperti biasa hingga menyebabkan ada pihak keliru.
“Pernah kru yang terserempak ketika menghantar saya pulang ke rumah menyangka dia ialah suami baharu. Saya jelaskan kepada mereka, itu suami pertama dan terakhir saya. Suami saya hanya seorang!
“Suami pula bukan jenis suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul bersama di dada akhbar serta majalah. Sepanjang berumah tangga, kami pernah menjayakan iklan jenama kicap bersama dengan tiga anak.
“Ketika itu, kelibatnya hanya samar-samar memandangkan dia terikat dengan polisi kerja dan tidak boleh terlalu menonjol di media massa,” katanya.
Dian berkata, dia juga tidak menggalakkan anaknya untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
“Biarlah hanya saya yang meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Dahulu, ketika kegawatan ekonomi, anak lelaki saya ada melakukan kerja belakang tabir bersama ntv7.
“Saya bagaimanapun, berharap dia mendapat kerja di syarikat produksi besar dan bergaji tetap. Jika masih ingin bekerja dalam bidang ini, dia boleh melakukannya secara sambilan. Dia bagaimanapun, mendengar cakap dan memilih bekerja di luar bidang seni.
“Begitu juga anak perempuan yang menerima tawaran berlakon, tetapi saya tidak galakkan. Mujur dia tidak memberontak, tambahan pula suami sejak awal lagi sudah mengingatkan supaya mereka memberikan tumpuan pada pelajaran,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
gambar: IG dianpramlee
Bengkel Tawar Service Tak Letak Harga, ‘Graduate’ Automotif Ni Senarai 10 Ilmu Kereta Kena Tahu, Elak Kena Tipu.

Umum mengetahui bahawa sudah pastinya ketika banyak harta benda musnah akibat banjir yang melanda negara termasuk Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka.
Salah satu kerosakan kenderaan yang teruk akibat ditenggelami air bah. Boleh dikatakan ribuan kereta rosak akibat bencana alam itu.
Dalam pada itu, meninjau di socmedia mendapati banyak bengkel kereta menawarkan service untuk membaiki kereta. Namun ada segelintir tidak meletakka harga.
Bukan untuk buruk sangka, namun ketika ini bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan atas kesulitan orang ramai.
Prihatin apa yang berlaku, seorang warganet telah berkongsi panduan bagaimana untuk mengelak daripada ditipu ketika melakukan urusan service kereta.
Beliau yang merupakan bekas pelajar dalam bidang automotif memberikan panduan untuk dijadkan rujukan kepada mangsa banjir untuk membaiki kereta rosak akibat banjir.
Selanjutnya ikuti perkongsiannya.


*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Netizen Kagum Dengan Perkongsian Dr Tentang Nota Duit Belanja Pada Isteri. Deep!

Perkahwinan adalah sebuah perkongsian kehidupan buat pasangan suami isteri. Kala dalam tempoh ikatan kasih sayang pastinya ada cabaran suka dan duka.
Namun, jika pasangan saling melengkapi antara satu sama lain, tentunya kebahagian itu sentiasa menyenari rumahtangga itu.
Begitu yang dipaparkan perkongsian seorang doktor ini melayani isterinya tanpa berkira. Malah meninggalkan cebiasan nota dan duit belanja buat isteri cukup manis membuatkan rumahtangga itu bahagia.
Malah cebisan nota ini yang dikongsi di facebook beliau telah mendapat sharing sehingga 16K telah menarik perhatian netizen yang melahirkan rasa kagum cara melayani isterinya.
Ikuti perkongsian cara beliau membahagiakan keluarga.
Nanti Ita check atas meja. Kot ada apa-apa rezeki ya. Love you.”
Biasanya aku akan menghantar whatsapp begitu jika aku siap dulu ketempat kerja setiap pagi. Jika isteri pergi dulu, biasanya dia akan periksa sendiri atas meja apa yang ada sambil-sambil dia sediakan sarapan pagi untuk kami.
Jika sempat, aku kongsikan sepotong ayat Alquran atau hadis pada nota. Kalau tak sempat aku hanya tinggalkan nota ringkas atau hanya duit saja.
Setiap hari aku akan bagi duit belanja makan minum untuk kami sekeluarga. Bermula dari 18 tahun lepas lagi. Ya, itu nafkah suami kepada keluarga. Itu tanggungjawab seorang suami selaku ketua keluarga.
Sejak dari awal perkahwinan kami, aku mulakan dengan sedikit. Dari tahun ke tahun, gaji aku naik maka aku tambah sikit demi sedikit. Almaklumlah, keluarga pun semakin besar. Belanja pun semakin tinggi.
“Abang, takyah lah bagi duit belanja banyak sangat. Ita pun kerja. Ada gaji,” ujar isteri.
“Eh mana boleh. Belanja makan dan pakai keluarga mesti abang. Itu kan nafkah. Tanggungjawab abang. Jangan sesekali guna duit ita,” balas aku.
Duit isteri adalah untuk belanja diri dia sendiri. Bukan untuk keluarga.
Setiap kali aku memberi, isteri akan tanya, “eh abang! Banyak sangat ni. Nanti abang tak cukup duit lak.”
“Alah tak banyak mana pun. Abang ada lagi ni,” balasku. Itu selalu akan aku jawab.
Tak ternilai dengan wang ringgit pun pengorbanan seorang isteri kepada kita dan keluarga.
Walaupun kadang kala aku ‘kekeringan’, aku tetap berusaha untuk beri belanja kepada keluarga. Itu tanggungjawab suami dan bapa kepada anak-anak. Muka mesti buat tenang. Takut dia terperasan.
“Alah, takde duit. Benda boleh settle lah. Kita kan anak jantan” – aku bermonolog kadang-kadang.
Rezeki sikit, sikit lah. Jika banyak maka banyak lah. Ikut kemampuan. Alhamdulillah, masih cukup untuk kami sekeluarga.
”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)
Segala makan minum, pakaian, rumah, kereta, pendidikan anak-anak dan lain-lain keperluan rumahtangga aku yang bertanggungjawab. Itu kewajipan. Itu juga prinsip aku.
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (Surah al-Nisa’ ayat 34)
Membelanjakan harta untuk isteri dan keluarga bukan sekadar kewajipan malah ia satu amalan yang disukai Allah.
Walaupun si isteri bekerja dan makan gaji, tak kiralah gaji si isteri lagi besar dari si suami, kewajipan itu harus diletakkan kepada ketua keluarga iaitu si suami.
Semoga si suami seluruhnya dimurahkan rezeki. Amin
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah