Resipi Ayam Madu Ala Pasar Malam, Makan Ratah Pun Sedap!

Share
Tentu ada yang teringin nak makan kepak ayam merah yang biasa di jual di pasar malam. Sejak PKP ni pasar malam tidak dibenarkan beroperasi.
Buat yang teringin nak makan boleh cuba resipi yang dikongsi oleh wanita ini menerusi perkongsian facebook miliknya.
Selalu kalau ke pasar malam atau pasar minggu mesti ada org jual kepak ayam merah madu yang dipanggang, bau wangi ja bila lalu tepi dia kan..
Disebabkan sekarang lama dah tak jumpa kepak ayam madu ni jadi cek yah buat je lah sendiri dah teringin sgt nak makannya. Kat bawah resepinya ok,
Kepak Ayam Madu ala Cek Yah (guna jelah bahagian mana pun janji rasa ayamnya tu ada
Resepi utk 1/2 @ seekor ayam
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ibu sambal/cili giling @ 2 sb serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari
4-5 sudu besar gula (nak kurang @ tambah ikut suka hampa)
1 sudu kecil garam
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
4-5 sudu besar madu
Sedikit pewarna merah
Cara-cara penyediaan boleh rujuk gambar
Blenderkan @ tumbuk halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan blender tadi campur dan kacau sebati dgn ibu sambal, serbuk kari, madu, sos tiram, sos lada hitam, garam, gula dan kiub pati ayam ( kiub ni optional kalau nak letak apa2 bahan perasa pun ikut hampa laa tak mau letak pun takpa hampa buat diaa 😁 )
Pewarna merah masukkan setitik dua utk bagi dia warna merah mcm kedai jual
utk resepi ni memang sedikit manis tapi baru la sodapp
Dah siap bahan perapan tadi boleh masukkan ayam yg dah dicuci bersih, gaul bagi kena semua bahagian ayam dan perap la 1 @ 2 jam lagi lama lagi sedap..tapi nak share la cara cek yah buat kemarin ni takdan perap pun
Dah siap gaul ni patutnya perap dulu tapi dah lambat kan masuk dapur pun dah tengahari 😆 tapi jgn risau geng2 masuk dapur lambat kita ada solusinya nak bagi cepat masak dan cepat serap perasanya kita masak atas api kejap dalam 10 minit camtu, balik2 kan ayam tu bagi semua bahagian masak isinya..
#we work smart not work hard giteww
Lepas tu masukkan dalam loyang mcmni susun la sesuka hati letak kuahnya tadi sikit atas ayam supaya ayam tak terlalu kering bila bakar nanti..bakar dalam oven pada suhu 200’c selama 20-30 minit bergantung hampa nak garing macamna atas dia..jgn risau tak masak sbb tadi kita dah masak atas api kejap kan
Ni lepas keluarkan dari oven
Siapp!!
Kuah lebih tadi dah masak elok dgn ayam kan kita tuang balance dalam mangkuk guna sbg bahan cicahnya nanti
Makan gitu aja pun dah sedappp
Apatah lagi makan dgn nasi panas2 😋😋
Selamat mencuba
Selamat mencuba!
Sumber: Cek Yah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club