Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Simple Tapi Sedap & Juicy. Wanita Ni Kongsi Tip Ayam Masak Sekata & Tak Keras!

Share

Ayam goreng, menu paling mudah dan disukai terutama untuk anak-anak. Jadi hari ini admin kongsikan resipi air tangan dari puan Dynie Khainudin. 

Nak dekat tengahari, dah pikir ke tu nak masak apa harini. Jom cuba resipi ayam goreng #MUDAH #CEPAT SEDAP nii. Konfirm tambah nasik tak hengat donia. Penting kena jaga api masa goreng tu. Baru rasa dia juicy.

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH SIMPLE MAKNGAH MELETOP!!!

Rasa ayam ni memang sangat juicy sebab di perap lama.
Makan ni compem shuben angkat ibu jari punya lah. Ekekeee 😅😅

Bahan-bahan Perapan :

STEP 1
1-1/2 ekor ayam dada atau kepak
2-Kunyit Serbuk
3-Garam, ajino, rempah seri aji
4-Bawang putih
5-Cili giling/cili flake
6-Serbuk kari *Optional
(PERAP DULU 30MIN)

Bahan-bahan utama (Blender Kering)

STEP 2
1labu Bawang besar
3batang serai
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Halia
Bawang putih
(PERAP 2JAM)

Cara-cara :-

1/ Perap ayam yang di blender kering selama sejam atau 2jam bersama garam, gula, ajino, sedikit gula. Sebab nak kasi rasa masin maniss sikit. Ada orang taruk asam jawa nak kasi masam sket tapi terpulanglah pada tekak masing-masing.
2/ Goreng guna minyak yang banyak hingga ayam tenggelam

Tips :- Supaya ayam masak rata dan tak keras,
kena pandai adjust api kecil dan sederhana.
Lagisatu, minyak tu guna untuk skli goreng je supaya rempah2 tu tak hitamkan ayam goreng kita.

#MissBungaaJugaChefDapur