![new nasi](https://cdn.keluarga.my/2020/09/265451-13_41_513441-696x365.jpeg)
Nasi lemak menu paling popular dalam masyarakat kita, tyak kira melayu Cina dan India ramai yang menggemarinya. Bila ditambah dengan menu lain seperti ayam goreng berempah, menajdikan hidangan lebih menarik.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat Ayam Goreng Berempah, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan. Selamat mencuba!
Sambal nasi lemak, semua dah terror dan ada versi sendiri.Ben bagi resepi ayam goreng berempah jelah di pagi Jumaat ni. Juicy,ringkas dan sedap. Ben suka makan nasi lemak dengan ayam goreng macam ni.
Untuk 4 -6 ketul bahagian ayam
* 4 ulas bawang putih
* 3 batang serai
* 1 cm halia
Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.
Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan yang ditumbuk tadi dan bahan ini.
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 1/2 sudu makan serbuk kari
* 1/2 sudu makan serbuk cili merah
* 1-2 sudu teh garam/secukupnya
* 2 sudu makan kelapa parut
* 1/2 sudu makan cuka
Perap 40-45 minit,goreng dengan minyak banyak dan api sederhana besar. Untuk elak hangit.
Sedapp buat makan dengan nasi lemak atau nasi kukus.
Nak resepi best-best boleh follow Fb Ben. Semua pasal makan je.
#resepibensafwan
Resipi Kuih Bakar Pandan Legend, Bahan Kisar Jer, Bila Bakar Satu Rumah Wangi!
![](https://cdn.keluarga.my/2021/06/da11-1.jpg)
Kuih bakar pandan ini merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat terkenal sejak dulu lagi. Kuih ni ada yang panggil bingka tepung.
Adunan kuih ni senang je nak buat. Bahan pun simple jer. Cuma masa untuk bakar kuih ini agak lama sikit. Kuih ini boleh dibakar menggunakan oven saja. Nak guna air fryer pun boleh.
Ni resipinya.
Kuih kegemaran.Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah.
Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
Cara-cara:
Blend smua bahan diatas kecuali bijan,tapis. Oleskan loyang dgn butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.bakar suhu 170 api atas bwh selama 1jam arau hingga masak. Selamat mencuba!
Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Airtangan dan pic: Eniza M Salim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ayah & Mak Selalu Berlawan Sedekah. Kadang Ayah Menang, Kadang Mak.” Lelaki Ni Kongsi Nasihat Ayahnya Yang Cukup Berinspirasi!
![](https://cdn.keluarga.my/2020/04/sedekah-05_01_370675.png)
Sering kali kita mendengar tentang keberkatan dari bersedekah. Pemberian tanda ikhlasnya hati mengundang berkat buat si pemberi dan juga membantu mereka yang menerima.
Saudara Taufiq Razif menerusi laman facebooknya memuat naik satu kisah tentang sedekah yang dikongsikan oleh ayahnya.
“Kalau ada duit lebih sikit, bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan”
Masa tengah makan tengahari tadi, ayah buka cerita sedekah dia pada saya dan adik beradik supaya kami boleh ikut sedekah sekali.
” Tadi masa ayah nak beli ikan selayang. Ada sorang pakcik ni nak beli ikan selayang juga. Harga ikan selayang tu rm6.50 je sekilo tapi dia mintak pada penjual ikan tu boleh tak nak beli setengah kilo je “
” Ayah cakap kat penjual ikan tu. Bagi je lebih kurang sekilo kat pakcik tu. Biar saya bayar. Suka betul pakcik tu bila ayah saya bayarkan ikannya. Bukan mahal sangat pun tapi kita tak tahu betapa orang sekarang tengah ‘struggle’ terutamanya yang duduk di ceruk kampung dan yang jenis kais pagi makan pagi.
Ada lagi satu cerita sedekah yang ayah saya buka cerita tadi semata mata nak kami adik beradik ikuti dia. Katanya baru ni ada motor beroda tiga lalu depan rumah. Motor tu bawa ikan kecil kecil. Tak banyak mana pun.
” Ayah beli lah ikan kat pakcik bawa motor tu. Eh total semua sekali rm26. Ingat nak sedekah lah sikit kat pakcik ni tapi ayah lupa bawa dompet. Ayah mintak pinjam kat mak duit sikit untuk bayar ikan rm26 ni. Mak kata nah ambillah rm50 ni. Jangan mintak baki. Baki tu kita sedekah je pada dia “
” Laaa. Rupanya mak korang lagi laju sedekah daripada ayah ” kata ayah sambil ketawa berdekah.
” Kalau Pik nak tahu, ayah dan mak memang selalu berlawan sedekah. Kadang ayah menang. Kadang mak menang “
” Nanti ada duit lebih sikit. Bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan. Nanti boleh tengok bisnes tu makin lama makin untung. Makin lama makin maju “
Walaupun lauk tengahari tadi sedap sungguh dengan budu, tempoyak dan juga ikan singgang tapi nasihat dan cerita ayah saya tadi lah benda yang paling sedap yang pernah saya santap selama ini.
Terima kasih atas nasihat ini ayah. Walaupun beratus ribu ringgit pun saya sedekah, semua bahagian sedekah saya ada tercatat namamu ayah! Kerana sehebat mana pun anakmu tetap sahaja semuanya berpunca daripada didikanmu wahai ayah.
Taufiq Razif
Selamanya anak ayah
A To Z Lelaki Ni Kongsikan Cara Tanam Kunyit Hinggalah Tuai & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri. Hebatlah!
![](https://cdn.keluarga.my/2021/01/20210116-081349-0000-16_25_808343.png)
Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.
Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.
Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.
Baiklah.
Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.
Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.
Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.
Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.
Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.
Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.
Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.
Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.
Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus?
Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.
Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.
Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.
Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.
Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.
Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.
Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.
Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sumber : Akmal Al Yahya
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club