Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
Ads
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
Ads
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lemang suatu hidangan wajib Raya yang semua orang sukakan. Bagi peminat lemang tentu menu ni wajib ada untuk hidangan di pagi raya. Lebih enak dimakan dengan rendang. Memang terangkat!
Jika dulu, nak masak lemang kena cari buluh serta dibakar. Sekarang ni pula lemang juga dijual dengan pembungkusan yang siap untuk di masak.
Selain itu, ada cara masak lemang yang mudah iaitu menggunakan cawan. Sebagaimana perkongsian wanita ini yang menunjukkan cara masak yang mudah. Siap ajar step by step dengan video sekali!
Apa lagi jom cuba buat!
Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je.Rasa ok je lemang ni, mcm ketupat palas pon ada sbb kukus, guna pulut susu mmg lembut …sedap. RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS Bahan- bahan 2 kg pulut susu rendam 4 jam 3 bj kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak Daun pisang Cawan kertas Cara ada di setiap gambar.
Pulut susu
Letak daun Pisang keliling cwn kertas/ Dpt 20 cwn
Isi 5 Sudu bsr beras pulut
Isi santan lebih sikit dr paras beras pulut
Susun dlm periuk kukus
Kukus selama 1 jam setengah
Siap, daun Pisang yg lbh bagn ats Tu blh lipat ke bwh tekan2 cikit bghn ats pulut bg rata.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Namun siapa kita mampu menolak andai ditakdirkan tali pernikahan putus di tengah jalan.
Demikian bagi wanita bernama Ayu Aziz ini. Status ibu tunggal disandang dalam usia muda memberi dugaan dan cabaran yang cukup besar. Namun, demi anak-anak dia cuba bangkit.
Baru-baru ini menerusi twitternya, Ayu memuat naik kisah dirinya selain berkongsi bagaimana dia melalui semua cabaran tersebut.
Semoga menjadi inspirasi buat ibu tunggal di luar sana untuk kembali bangkit demi anak-anak.
Memastikan pemanduan kereta kita adalah selamat, aspek kualiti tayar kereta perlu diberi tumpuan. Ini penting lebih-lebih lagi ketika musim hujan, jalan raya sangat licin dan untuk mengelakkan berlakunya kegagalan mengawal kenderaan kesan daripada tayar botak atau haus, perlu dilakukan pemeriksaan tayar yang lebih kerap.
Untuk itu, ketahui cara mudah untuk memeriksa bunga tayar sebelum memulakan perjalanan. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, info ini sangat berguna kerana ianya cukup mudah sebagaimana video yang dikongsikan oleh @abangcomot dengan hanya menggunakan duit syiling.
Menurutnya, dengan hanya menggunakan duit syiling 10 sen sahaja anda sudah dapat mengetahui sama ada tayar kereta masih di dalam keadaan baik atau sudah botak.
Oleh itu, jom kita ketahui teknik yang dikongsikan olehnya.
Menerusi video ini menunjukkan cara untuk melihat sama ada bunga tayar sudah haus atau botak dengan meletakkan syiling 10 sen dicelah antara dua jalur bunga tayar.
Caranya, jika tidak dapat dilihat perkataan Malaysia, itu bermakna bunga tayar dalam keadaan yang bagus dan boleh digunakan.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...