Hidangan ayam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tanpa mengira peringkat usia. Rangup, pedas, pakej lengkap untuk ayam goreng spicy. Jika ibu bapa yang ada anak ramai, lebih jimat kalau boleh buat sendiri.
Pada zaman segala harga barang meningkat naik ini seboleh mungkin kita cuba berjimat-cermat apa yang patut. Solusinya ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual di restoran makanan segera. Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Yana
ini.Bahan-bahan:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
Bahan sadur:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
(Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Yana
Link asal resipi:https://goo.gl/Cdfyud
Baca artikel berkaitan: Ayam Goreng Berkunyit, Lembut & Juicy Berasa Sampai Ke Tekak. Confirm Makan Bertambah!
Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Rasanya Sedap & Mudah Sangat Cara Buatnya!
Ayam Goreng Tomyam Pedas. Cuba Buat Sekali, Rasanya Ramai Yang Suka!