Sebut sahaja ayam Gochujang mesti teringat menu yang selalu ada dalam drama Korea. Ayam yang disalut dengan sos Gochujang pedas dan manis semestinya membangkitkan selera makan seisi keluarga.
Tapi resipi yang dikongsikan kali ini sedikit berbeza dengan menggunakan kubis bunga dan kertas beras sahaja bagi menggantikan ayam. Sesuai sangat untuk yang vegetarian.
Menurut perkongsian daripada pemilik profil Facebook, Zam Akmal Masak Dengan Perangai Korang, resipi ini sangat sedap kerana kulit kertas beras yang rangup dan tekstur kubis bunga yang sama seperti ayam.
“Cuba korang buat resipi ni pastu bagi anak-anak atau suami korang makan. Diorang mesti tak perasan pun yang tu kubis bunga”.
Ayam Gochujang Vegetarian
- Kubis bunga
- Air
- Rempah sup
- Pepper
- Garam
- Rice Paper (Vietnam roll punya wrapper)
- Kicap cair 2 tbsp
- Gochujang halal 2 tbsp
- Madu 50 gm
- Garlic 4 butir
- Halia 1 inci
- Cuka 1 tsp
- Gula perang 1 tbsp
Cara Penyediaan:
– Celur bunga kobis yang telah dipotong kecil selama 1 minit di dalam air mendidih yang dicampur dengan bahan perasa seperti garam, rempah sup, pepper.
– Letakkan sedikit garam kat kubis bunga yang telah dicelur tadi.
– Celup kertas beras dalam air sekejap dan balutkan bersama kubis bunga tadi.
– Air fryer 12-15 minit (setiap 4min tu pusing-pusingkan). Sapu sedikit Minyak pada lapik air fryer supaya tak melekat.
– Boleh bakar dalam oven atau goreng.
– Buat sos dengan bahan sos.
– Sejukkan sekejap bunga kobis baru korang gaul.
– Boleh je salut dengan apa-apa sos korang suka.
Sumber: Zam Akmal Masak Dengan Perangai Korang