
Nak masak apa hari ni ye. bagi ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat. Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi, apa kata cuba resepi ayam bakar yang sangat simple ni tapi sedap.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Nak dapatkan resepi lebih istimewa jom LIKE PAGE
https://www.facebook.com/supselerautarafazlan/
kredit: dani
DIY Sticker Nama, Tampal Di Botol Air Sekolah Anak. Selamat, Barulah Tak Hilang!

Bercerita tentang ragam anak-anak kita ke sekolah, ada satu perkara ini memang sering terjadi dan boleh mendatangkan rasa geram di hati ibu-ibu.
Apa tidaknya, baru sahaja kita belikan botol air alih-alih bila bawa ke sekolah hilang sebab ada yang cuailah, tertinggallah, kawan terambillah dan macam-macam sebab.
Akhirnya, kita terpaksa beli lagi dan masalah ni tidak selesai-selesai.
Jadi apa kata, sebelum masuk sesi persekolahan ini, kita buat cara labelkan nama anak pada botol air tersebut.
Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini.
DIY Sticker
“Petang ni ticer nak share dengan chuolls acaner nak buat sticker nama okaay.
Sticker ni ticer buat lekat kat botol air. Lagi-lagi untuk anak sekolah kanss. Selalu panas telinga sajur dengar botol air tertinggal lah, dah carik tak jumpe pulak. Tak pasal-pasal beli baru lagi.
So check it outtt.
CARA BUAT :
1. Kat opis tu sesambil buat keje bukak ler powerpoint jap. Taip nama, then pilih font yang fancy sket.
2. Pastu print n gunting.
Hah, next step follow video ni yoo. Nak guna kad tesco pon boleh, goreskan kasik rata sampai yakin nama tu dah melekat kat selotep tu hah.Pastu rendam n bersihkan dalam air.
Posted by Nur Hanani Johari on Thursday, 8 February 2018
3. Hah, next step follow video ni yoo. Nak guna kad tesco pon boleh, goreskan kasik rata sampai yakin nama tu dah melekat kat selotep tu hah.
4. Pastu rendam n bersihkan dalam air.
5. Wokep. Hah cenggini ghupe nye lepas dah bersihkan tadi.
Tampal ler kat memane surface botol air chuolss yang rata. Gosok-gosok sket biar dia melekat semua.
Posted by Nur Hanani Johari on Thursday, 8 February 2018
6. Tampal ler kat memane surface botol air chuolss yang rata. Gosok-gosok sket biar dia melekat semua.
Ok ke idok? Ni sebab tadi sendiri buat, sendiri amek gambar, sendiri amek video. Jadi finishing nye tak bape nak molek sangat yoo. Selamat mencuba chuolss!
sumber : Nur Hanani Johari
Sekeluarga Bertarung Melawan Covid-19, Namun Ibunya Kini Semakin Serius. Anak Ni MohonTitipkan Doa!

Berdepan dengan dugaan apabila satu keluarga disahkan positif covid-19, tentunya saat itu begitu sukar untuk ditempuh.
Terpaksa dipisahkan dan tidak dapat bertemu di antara satu sama lain. Bahkan situasi semakin getir, bila mana keadaan kesihatan ibu pula semakin tidak stabil.
Gusar, pilu dan pelbagai emosi berkecamuk. Mungkin inilah yang dirasai oleh keluarga ini yang dikongsikan di laman facebook dan turut mohon dititipkan doa buat ibu yang amat dirindui untuk kembali sihat.
15 hari di dalam wad sebagai pesakit covid-19
Assalamualaikum…Salam sejahtera.
Mungkin ramai yang terkejut dgn tajuk di atas. Tak ramai yg tahu… Saya hanya bagitau dekat ahli keluarga dan rakan2 rapat sahaja. Bukan apa, emosi sedikit terganggu 2 minggu kebelakangan ni.
Jika yang tanya, ‘macam mana boleh kena covid-19 ‘. Ini saya bagitau secara details.
Awal bulan Mac ada beberapa orang jemaah tabligh Thailand yg berkunjung ke surau berdekatan rumah. Abah memang sering ke surau tersebut. Disebabkan abah pun dah mula menyertai tabligh, maka abah suka bercampur dgn jemaah2 tabligh yg datang ke surau ni. Abah pun beberapa kali membantu mereka sepanjang mereka di sini.
Hari terakhir jemaah di surau sini, abah telah menumpangkan mereka dan menghantar mereka ke surau berikutnya iaitu di Wakaf Che Yeh.
Dua hari selepas itu abah sakit2 tekak. Keesokan harinya abah demam dan mula hilang selera makan. Pada masa tu, dah kecoh dalam media tentang jemaah tabligh Brunei yg positif covid-19 setelah pulang dari Sri Petaling.
Malam tu aku terlintas utk tanya abah… Dan abah akui ada salah seorang dr jemaah Thailand yg dtg hari tu kurang sihat. Dan sememangnya mereka baru pulang dari Sri Petaling.Ummi berkeras menyuruh abah pergi ke klinik.
Jumaat. Abah pergi ke Klinik Kesihatan Kota Bharu (KKB). Doctor bagitau untuk buat saringan covid-19, tidak ada di KKB memandangkan pada hari Jumaat. Doctor minta abah hadir kembali hari Ahad dan abah akan dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa untuk saringan covid.
Petang Jumaat umi pula start demam. Aku dan adik, Yus dah risau. Aku minta Yus bawak ummi ke KKB esok hari.
Sabtu. Umi ke KKB bersama Yus. Doktor cuma bekalkan ubat2 demam, selesema dan batuk. Umi ambil ubat ikut turutan. Begitu juga dgn abah.
Ahad. Abg sham (abg ipar) bawa abah ke klinik. Umi dah sedikit baik dr demam. Tgahri selepas balik dr klinik setelah buat ujian saringan covid, abah mula asingkan diri daripada kami. Abah byk menghabiskan masa di rumah sebelah (rumah yg kami jadikan homestay).
Isnin. Umi dh tak demam. Abah makin hilang selera makan.
Selasa. Aku berada di luar rumah. Mendapat panggilan daripada Yus mengatakan abah disahkan positif covid-19. Yus minta aku blk segera sebab kami sekeluarga perlu menjalani saringan covid memandangkan kami adalah kontak rapat kepada abah.
Di bawah adalah catatan jurnal dari hari pertama sehingga kami discaj dari hospital.
Viral sekampung
Pada awal abah disahkan positif covid, berita tentangnya viral satu kampung tak sampai 2 jam. Kami sekeluarga yg sedang menunggu giliran utk ujian saringan pada waktu tu dah rasa tertekan.
Orang kampung seolah2 memandang hina,jijik kpd kami sekeluarga. Sedangkan apa yg terjadi bukannya kami yg cari. Pada masa inilah barulah dapat tahu hati masing2, yg mana ikhlas dan yg mana hanya pura2.
Selasa 17.03. 20. Abah positif covid 19. Ambulans datang ambil abah jam 11 pg.
Petang – Ujian saringan sekeluarga di Klinik Kesihatan Perol.
Rabu 18.03.20 (Day 1)
5.00 ptg – Aku, Umi, Yus dan Kimi disahkan positif covid 19
Jam 8.00 mlm warded di Hospital Tumpat.
Malam – ambik darah
Khamis 19.03.20 (Day 2)
Ambik darah.
Umi on oxygen sbb pernafasan tak cantik.
Doc nak hantar umi ke HRPZ Kota Bharu.
Jam – 2.30 ptg umi transfer ke HRPZ. Sempat berikan kata2 semangat utk umi.
Malam – start ambik ubat. 2 biji sekali telan, ubat ni ambil 2x sehari.
Cuba hubungi telefon umi tp tak dijawab.
Jumaat 20.03.20 (Day 3)
x ambik darah .
Masih cuba hubungi umi, masih tak dijawab.
Petang – dpt berita dr umi – Rupa2nya umi tidak dihantar ke HRPZ kerana wad penuh. Umi dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).
Doc hubungi abah mengatakan umi dalam keadaan kritikal & doc nk bg pernafasan mesin.
Sabtu 21.03.20 (Day 4)
Ambik darah
– Keadaan umi masih sama.
Ahad 22.03.20 (Day 5)
x ambik darah
– Dpt berita umi stabil. 3 ari sblm ni doc tiarapkan umi utk cantikkan pernafasan dan paru2. Hari ni dah diterlentangkan. Alhamdulillah.
Isnin 23.03.20 (Day 6)
x ambik darah
– keadaan umi stabil. Masih intubed.
Selasa 24.03.20 (Day 7)
x ambik darah -genap seminggu
Rabu 25.03.20 (Day 8)
ambik darah
-keadaan umi masih sama cuma ada sedikit jangkitan kuman pd paru2
Khamis 26.03.20(Day 9)
x ambik darah.
Keadaan umi masih sama. Doc kembali tiarapkan umi sbb paru2 x cantik kalau terlentangkan.
Jumaat 27.03.20 (Day 10)
Keadaan umi stabil. Doc akan cuba terlentangkan umi esk.
Buah pinggang umi ada masalah sikit. Mgkin esk start dialisis.
Seorang nurse shift ptg pengsan ketika memeriksa bp pesakit. Kepenatan dan kepanasan dlm sut khas. Allahu Akbar pengorbanan nurse menjaga kami.
Sabtu 28.03.20 (Day 11)
X ambik darah. Xder xray
Perkembangan umi.
Doc dah terlentangkan kembali umi.. Nampak ok. Darah umi ada sedikit jangkitan. Doc tambah 1 jenis lagi ubat utk jantung. Buah pinggang akan didialisis, kalau x ptg ni..esok.
Doc kata skrg trpulang kpd umi. Kalau umi kuat lawan, virus tu dpt dilawan.
Ya Allah, kuatkan umi utk terus lawan virus ganas ni. Izinkan kami utk terus menjaga umi.
Ahad 29.03.20 (Day 12)
Ambik darah.
Swab test pertama dlm wad.
X ray.
Ujian saringan kedua utk family (kak long, abg sham, epu, anak2 saudara) di KK Perol. Semoga semua keputusan negatif. Aaminn…
Ptg : Kak Long dpt call dr HKK… Keadaan ummi semakin ok. Penggunaan oxygen 40%. Buah pinggang dh didialisis ptg smlm..
Alhamdulillah…
Ya Allah selamatkanlah ummi..
Kurniakanlah kekuatan kpd ummi utk lawan virus ini…
Isnin 30.03.20 (Day 13)
Pagi doc call utk tanya tahap kesihatan. Secara overall semua makin baik. Tiada selsema, tiada demam, tiada batuk, tiada cirit birit, makan berselera. Keputusan swab test belum keluar. Kalau result negatif, In Shaa Allah boleh discharged.
Aamin… Aamin.. Aamin..
Tghari – Adik kimi dah buat swab test. Peyus dh x ray ptg – peyus buat swab test.
Perkembangan ummi.
Tengahari – jantung kami umpama berhenti berdenyut seketika bila dpt call dr K. Long (sambil menangis) bagitau dia dpt call dari doc HKK minta waris umi ke sana segera sbb pg ni result darah umi tak cantik dan kaki umi sejuk. Lps zohor, abah, kak long & epu ke sana. Spjg waktu menunggu berita, dunia kami rasa kosong. Doa, zikir dan selawat tak henti dr mulut. (Kedua2 kami uzur, maka x dpt nk solat hajat) .Kami paksa diri telan nasi sbb ingatkan pesan abah, jgn biarkan perut kosong. Tambahan pulak kami bersemangat utk dpt discharged memandangkan hari ni dh hari ke13 kami warded.
Dlm pukul 3 lebih (ptg) dpt wasap dr kak long… Umi kembali stabil. Syukur… Syukur… Syukur… Alhamdulillah… Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Doa,zikir dan selawat x putus disedekahkan utk umi. Semoga umi terus kuat lawan virus2 ni dan kembali pulih utk blk jmpa kami….insan2 yg menyayangi umi.
Selasa 31.03.20 (Day 14)
Pagi – doc call bagitau result darah ok, result xray paru2 pun dh cantik tp doc pakar nak result yg lebih cantik.
Sejak ptg smlm, dh tmbah 1 jenis lagi ubat.
Tunggu result swab test utk selanjutnya.
Keadaan umi – tiada perubahan. Stabil
Malam – k. Long call bagitau lewat ptg doc HKK call update keadaan ummi. Hari ni umi bergantung sepenuhnya pada mesin. Tiada respon bila doc check mata. Doc minta famili bersedia dgn sebarang kemungkinan. Ya Allah, kuatkan semangat kami sekeluarga utk menerimanya.
Malam dh x lena tidur.
Rabu 01.04.20 (Day 15)
Ok. Dah start stress.
9.50pg – doc call bagitau nak ambik darah & xray pg ni. Dah merayu dekat doc nak balik. Doc kata ambik darah dan xray dulu then tgk kata pakar.
Ya Allah! Tak tau nk gambar perasaan ni. Air mata dh x berhenti mengalir…doa dan ingatan pd umi tak putus2. Doa jugak utk kekuatan abah.
Abah tunggu….anak2 abah akan balik!!
3.00 ptg – adik kimi discharged. Alhamdulillah
4.30 ptg – Aku & adik, Fairuz akhirnya discharge. Alhamdulillah… Syukur Ya Allah
Hari ini Khamis 02.04.2020
Tengahari…. dpt berita dari doc HKK mengatakan keadaan umi tiada perubahan. CT scan yg dilakukan ke atas umi menunjukkan brain death. Lampu disuluh ke mata umi pun tiada tindak balas. Ya Allah! Beratnya ujianMu ini.
Abah pesan, kami perlu redha dan bersedia dgn apa yg bakal terjadi. Umi hak Allah, Allah berhak ke atas hambaNya. Namun doa tak pernah putus utk umi.
Untuk sesiapa yg mengenali umi saya, maafkan beliau jika umi ada buat salah menyinggung perasaan sesiapa tnpa beliau sedari. Sudilah kiranya anda titipkan doa buat umi, Azizah bt Minah.
Maaf andai penulisan ini terlampau panjang, banyak kesalahan tatabahasa atau ejaannya. Maaf andai selepas ini ada yg menghubungi saya secara personal tidak dibalas kerana emosi kami belum stabil sepenuhnya.
Saya sertakan sekali beberapa gambar suasana dlm wad. Dan gambar terakhir umi sebelum dibawa ke HKK.
Umi, Bie rindu……sgt2 rindu umi.
Sumber : Qalbie Ghani
Cara Pilih Ikan Pari Segar Dan Hilangkan Bau Hancing, Confirm Asam Pedas Lebih Power!

Asam Pedas Ikan Pari memanglah enak. Apatah lagi kalau dilengkapkan lagi dengan sepinggan nasi panas ketika berbuka petang ni. Memang tak toleh kiri kanan.
Akan tetapi menyediakan makanan yang satu ini tidaklah semudah ketika menjamahkan. Harus menyiangnya terlebih dahulu dan kena pastikan ianya segar dan tidak berbau hancing.
Ikan pari sering dikatakan berbau hancing mungkin disebabkan oleh jenis pemakanan yang diambilnya dan bukanlah cara kita mencucinya. Jadi ketika nak beli, kenalah pastikan yang betul-betul segar. Jom intai tip ni.
Cara Pilih Ikan Pari Segar
Ketika berada di pasar, kena belek-belek ikan supaya senang nak tentukan ikan mana yang lebih segar. Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Ambillah ikan yang berwarna kemerah-merahan.
Begitu juga dengan ikan ketuka yang hampir sama dengan ikan pari. Sebaiknya tekan badan ikan terlebih dahulu dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik. Ciumlah baunya samada hancing atau tidak. Pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana
ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa
membantutkan selera.
Cara Siang Ikan Pari
1. Terlangkupkan ikan pari tersebut. Biar nampak tulang belakangnya.
2. Gunakan pisau yang tajam, potong (dengan jarak kira-kira satu inci dari tulang belakang), dari hujung atas kepala hingga bawah.
Buat kiri dan kanan.
3. Buang bahagian tengah yang bertulang beserta isi perut. Ambil bahagian kiri dan kanan sahaja.
4. bersihkan dengan air asam jawa.
Atasi Bau Hancing
Bahan-bahan:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air
Caranya:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka dan basuh bersih.
2. Rendamkan dengan air asam jawa dan biarkan sekejap.
3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.