Resipi Asam Pedas Berempah Terlajak Sedap Versi Orang Melaka. Kuah Pekat Secukup Rasa, Memang Kaw!

Share

Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya.

Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Menu ini antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak.

Ambil masa cuti esok untuk sediakan Asam Pedas terbaik buat keluarga. Kali ini admin kongsikan resipi Asam Pedas Berempah air tangan dari puan Rosni Musa

. Selamat mencuba!
Hari ni nak tepek Asam Pedas Berempah. Saya guna ikan tenggiri. Tak payah nak gi sampai Melaka @Johor utk menikmati keenakan asam pedas di sana. Kat rmh pon boleh buat. Jgn kata hakak tak payong..
Resepi seperti di setiap gambar..
Asam pedas ni mcm2 versi… ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..

Bahan-bahan
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit..
3. Tumis sehingga pecah minyak..
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu..
5. Renihkan seketika lalu masukkan bendi..
7 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut..
8. Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak..
9. Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta