Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan/ sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.
Kuih Asam Gumpal ni merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur.
Nak tahu cara membuatnya ikuti perkongsian ini.
_________________________
Saya dgn ikhlas hati nk bg resipi sagupal Ataupn org panggil Asam gumpal pn ye jgak..
Alhamdulillah.. Hari2 saya buat 20bks untuk jualan.. Ramai yg suka sgt dgn sagupal ni
SAGUPAL
-First sekali basuh #sagu bwah air paip..
Dh siap basuh sagu,, tos dlm penapis dlm sejam.. Bg betul² kering
-bila dh kering sagu td,,masuk kedlm besen,, masak air #panas sampai betul2 gelegak,, curah air panas kedalam sagu yg dh basuh td sedikit demi sedikit,, Jgn byk sgt bbuh air panas.. Nnt Takut lembik plk.. Gaul dgn senduk.. Jgn pakai tangan,, kang melecup tangan kene air panas tu.
-Seterusnya,,, bila sagu dh sebati dgn air panas.. Biarkan sejuk dlm 15 mnit, bg sagu meresap dgn air..
-bila dh l5 minit,, sagu dh sejuk dn air dh meresap dgn sagu.. Boleh isi inti kacang hijau kedlam sagu.. Bulatkan besar mne nk.
KUAH SANTAN
-cara sediakan kuah santan, dengan merah,dan halba dalam 1@2 sudu teh,daun #pandan, #garam dan #gula kedalam #santan.. Bg gelegak.. Masukkan sagu yg dh masak td.
INTI KACANG HIJAU
cara buat #Inti kacang hijau,,
Rebus kacang hijau bg betul empuk.. Dh empuk masukkn #gula agak2 manis yg kwan2 suka.. Daun #pandan jgn lupa ye.. Bg wangi inti kita.#garam Jgn lupa plk ..masak sampai betul2 kering.. Nnt senang nk bulat2 kan.
PERINGATAN
Masa nk bulat2 sagu.. Kene pakai sarung plastik.. Nnt sagu melekat kat tangan.. Mmg susah nk buat kje.. Sapu minyak masak ckit kat glove tu..
ok saya ikhlas bg resipi. In shaa Allah jd..
Doakan saya.. Yg baik2..
Selamat mencuba!
Sumber: قاسه ال جنة