
Resipi yang mudah jadi pilihan buat ibu-ibu kerana tak perlu nak ambil masa lama untuk menyediakannya. Janji sedap dan disukai sekeluarga.
Kalau hari ini, tak tahu nak sediakan apa untuk minum pagi, ibu-ibu boleh cuba Apam Kampung Gula Merah ni. Terbangkit kembali memori waktu kecil-kcil dulu kan.
Bukan tu je, resipi ni juga cukup senang kerana tak guna banyak bahan.
Nak tahu caranya, jom lihat perkongsian dari Puan Cahaya Suria yang berkongsi resipi di grup Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Selamat mencuba!
Apam kampung gula merah
Sangat mudah
Tak banyak bahan
Tapi sedap
Bahannya
3 cawan tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
2cawan air
Jika adunan agak pekat boleh tambahkan1/2 cawan air lagi
Cara
Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
Tapis air gula suam ke dalam bekas ..lagi baik jika bekas yg bertutup…masukkan yis tuggu kembang kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit2 hingga habis
Kacau rata…tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2x ganda…kacau lagi untuk buang angin
Masukkan dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak..isikan separuh bahagian dan tggu hingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8mim…jika kukus dalam loyang kena kujus lama sikit dalam 1/2 jam
Sejukkan…sediakan kelapa parut putih
Sedia dihidang
Resipi Minuman Kawal Selera Makan, Seminggu Perut Dah Kempis. Wanita Ni Kongsikan Caranya, Patutlah Slim!

Bagi ibu-ibu yang mempunyai keluarga dan anak, bab nak berdiet atau dalam erti kata yang lain jaga makan agak sukar. lebih-lebih lagi anda juga yang memasak di rumah. Mana tahan tengok makanan yang lazat, tak mampu kan nak ambik bau je.
Sebenarnya, nak kurus bukan hanya bergantung pada senaman dan diet semata-mata. Ibu-ibu dan wanita di luar sana boleh pelbagaikan cara. Apa kata kita cuba resipi minuman untuk kawal selera makan ni.
Ia merupakan perkongsian oleh Puan Eka Zahra. Menurutnya, kaedah yang dipraktikkan ini membolehkan dalam masa seminggu perutnya makin kempis dan berat turun sebanyak 1 kg.
Assalamu’alaikum.
Hari ni akak nak kongsi resepi minuman yang boleh kurangkan selera makan.
Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.
Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pon cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari2 masak dan suka pulak makan kuih muih. seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg.
Ini resepinya : (hasil bergantung badan masing2 yea ?)
* 1 liter air
* 2 batang serai diketuk
* 2 batang kulit kayu manis
* 4 inci halia diketuk
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1 bj lemon dihiris
* madu
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Nota :
* Baki air boleh simpan dlm peti sejuk
* Resepi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)
“Ril, Mama Pulang Dulu Ya…” Sebaknya Baca Nukilan Ibu Eril Yang Lemas Di Switzerland

“Ril… mamah pulang dulu ke Indonesia, ya.”
Demikian nukilan yang dimuatnaik ibu Emmeril Kahn Mumtadz (Eril) laman instagramnya.
Atalia Praratya menitipkan kata-kata sedih tersebut selepas anak sulungnya itu masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lepas di Sungai Aare, Switzerland.
Nukilan itu disertakan juga dengan foto memperlihatkan Atalia, suaminya Ridwan Kamil (Gabenor Jawa Barat) dan anak mereka, Zara duduk di tepi jeti sungai tersebut.
“Ril… mamah pulang dulu ke Indonesia, ya,” tulis Atalia.
“Mamah titipkan kamu dalam penjagaan dan perlindungan terbaik dari pemilikmu yang sebenarnya, Allah SWT, di mana pun kamu berada,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Untuk rekod, sudah lebih seminggu Eril hilang selepas dihanyutkan arus saat berenang di Sungai Aare, Bern, Switzerland. dan proses pencarian dilakukan pihak berkuasa negara tersebut juga masih belum membuahkan hasil.
“InsyaAllah kamu tidak akan kedinginan, kelaparan atau kekurangan apapun.
“Bahkan kamu akan mendapatkan limpahan kasih sayang, kurnia dan kebahagiaan yang tak pernah putus,” tulis Atalia lagi.
“Di sini, di Sungai Aare yang luar biasa indah dan cantik ini, mamah lepaskan kamu, untuk kita bertemu lagi cepat atau lambat.
“Seperti yang Datuk Bandar sampaikan, the city of Bern will forever be deeply connected to us. Doa terbaik mamah dalam setiap helaan nafas,” jelasnya.
sumber: astroawani & atalipr
Walau Gaji Kecil Masih Boleh Menyimpan Setiap Bulan, Begini Strategik Mudah Boleh Follow!

Perkongsian daripada salah satu portal pelaburan ada berkongsi panduan untuk anak-anak muda yang baru berkerja walau gaji kecil namun perlu juga membuat tabungan agar kehidupan di masa depan lebih terjamin. Bajet yang baik tak bertumpu pada kemampuan kita boleh membayar segala bil setiap kali hujung bulan semata-mata.
Menurut Tok, anak muda masih berhempas-pulas nak buat bajet. Mungkin strategi yang ada tak sesuai untuk mereka. Tak apa. Hari ni, Tok nak kongsikan strategi menyimpan yang semua orang boleh gunakan. Walaupun korang baru mula bekerja.
Tok baca ilmu bermanfaat ini kat blog Mint. Tanpa buang masa, jom hadamkan sarapan minda korang ini. Orang muda pasti suka gunakan strategi ini. Serius!
Mungkin korang tertanya-tanya apakah strategi yang Tok maksudkan tadi.
Formula 50/20/30
Nama strategi ini adalah “Bajet 50/20/30.‘” Mungkin korang pernah dengar kat mana-mana sebelum ini. Dan paling syok, orang muda sesuai guna strategi ni. Tak kira gaji korang tinggi atau rendah.
Bajet 50/20/30 ini boleh membantu graduan yang baru mulakan kerjaya untuk mula menyusun kewangan peribadi mereka, yang sering kali dianggap rumit. Cuma, ia dianggap rumit sebab kita tak tahu cara nak buat bajet. Bila dah tahu nanti, rumit tu boleh berubah jadi mudah. Setuju?
3 pecahan utama yang anda patut tahu pasal bajet ini. Bajet ni terbahagi kepada 3 pecahan:
50% daripada pendapatan anda untuk belanja keperluan,
20% daripada pendapatan anda untuk simpanan,
30% daripada pendapatan anda untuk kegunaan peribadi.
50:20:30 budget – Daily Worth
Sumber gambar: Daily Worth
50% untuk keperluan? Tak banyak ke Tok?
Yang pertama sekali kita kena buat, adalah ketepikan separuh pendapatan untuk keperluan mutlak dalam hidup kita.
Mungkin ramai yang akan tanya macam ni:
“Kenapa tinggi sangat Tok? Tak membazir ke?”
Tok tak salahkan korang ada soalan macam ni. Pasal reaksi Tok pun sama je masa mula baca strategi ni dulu. Bila kita agihkan setiap perbelanjaan yang berkaitan dengan kategori ini, baru kita akan nampak gambaran yang lebih jelas.
Perbelanjaan mutlak ni adalah perbelanjaan yang kita perlu jelaskan untuk terus hidup, tak kira dimana korang tinggal, jenis kerjaya korang, atau apa saja rancangan korang untuk masa depan.
Dan semua orang berkongsi perkara yang hampir sama, seperti:
-Tempat tinggal
-Makanan (siapa yang boleh survive tanpa makanan?),
-Pengangkutan (tol, duit minyak kenderaan, dan sebagainya),
-Bil utiliti, atau lain-lain perkara yang berkaitan.
Pendek kata, kita perlukan 4 perkara atas ini untuk jalankan kehidupan seperti biasa Peratus ini juga, kita boleh adjust (sesuaikan) dengan kemampuan kewangan masing-masing.
Bermakna, strategi si A mungkin tak sesuai untuk si B gunakan. Dan ingat ya. Ia bergantung kepada jumlah keseluruhan yang setiap individu gunakan.
Contohnya, ada orang yang tinggal dekat kawasan yang sewa tinggi. Tapi mereka boleh berjalan kaki ke tempat kerja (jadi, kos pengangkutan dapat jimat banyak).
Ada pula orang yang memilih untuk tinggal kat rumah yang sewanya lebih rendah. Tapi, kena tanggung pula kos pengangkutan (tol, minyak, duit parking, dan macam-macam lagi).
Macam yang Tok cakap tadi, ia bergantung kat keupayaan kewangan dan situasi masing-masing.
Nota: Lagi banyak korang boleh jimatkan untuk perkara ini, lebih baik. Boleh korang salurkan lebihan duit tu ke dalam kategori yang ke-2 ini.
Simpan 20% secara konsisten setiap bulan
Duit ini akan digunakan untuk pelan simpanan, menyelesaikan segala hutang-piutang, dan sebagai simpanan dana kecemasan korang (tak ada siapa yang tahu apa yang akan terjadi esok hari, kan?).
Ini ketegori yang korang perlu jelaskan, lepas dah selesaikan salurkan duit kat kategori yang pertama tadi tu. Selagi tak selesai yang pertama tadi, elakkan buat yang ini dulu.
Logiknya macam ni. Macam mana nak bergerak selagi perkara asas kita tak settle-kan dulu, betul?
Dan yang best, korang boleh langsaikan hutang yang ada dengan lebih cepat bila ada simpanan ini, dan bergerak lebih maju bagi mencapai matlamat kewangan masing-masing.
Terma “persaraan” mungkin tak berapa penting bagi mereka yang masih muda. Cuma yang pasti, ia akan menjadi satu desakan pada masa akan datang, kalau kita tak menyimpan dari awal.
Ada banyak instrumen kewangan yang boleh gandakan simpanan korang, berbanding sekadar menyimpan dalam fixed deposit.
Dan Tok yakin, mesti korang nak menyimpan dan pada masa yang sama, gandakan duit tu jadi lebih banyak.
Sumber : Gila Hartanah
ARTIKEL MENARIK:Usia Muda Dah Kumpul Harta, Gadis Ni Kongsi Cara Dia Menyimpan Duit & Buat Ramai Terinspirasi!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.