Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti Je. Cukup Mudah & Yang Penting Tak Hanyir Telur. Sedap Makan Panas-Panas!

Share

Kalau sebut nama menu ini, mesti semua teringat dengan orang Pantai Timur kan. Apa tidaknya, makanan yang satu ini sememangnya terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang. Setiap kali menjelang ramadan, kuih ini antara yang menjadi kegemaran dan pilihan ketika berbuka puasa.

Untuk anda yang gemarkan kuih Akok ni, apa kata cuba buat sendiri. Cukup mudah, hanya guna pembakar roti sahaja. Ynag penting sedap dan tidak berbau hanyir telur walaupun dimakan ketika sejuk. Nak tahu caranya jom lihat perkongsian dari puan Halimatun AsSaadiah Ismail

 .


Akok kedut guna pembakar roti.. resepi dr grup ni jugak… Alhamdulillah… suami suka 😊
Sedap di makan panas2 dan tak bau hanyir telor walaupun dah sejuk..

Resepi sy dah adjust cket

Masak air gula & sejukkan
(1 cwn air + Gula pasir + gula merah + daun pandan)
Sukatan ikut kemanisan masing2

1) 5 biji telor
2) Sedikit perisa pandan/contoh pada gmbr (option)


3) Secubit garam
4) Santan 1/2 kotak (size kecil)
5) Tepung gandum 3 sudu makan
( blend semua skli dalam 2 minit)
6) Masukkan 2 sudu minyak masak utk effect golden brown
7) Masukkan air gula yg dah sejuk td, blend sekejap

Bakar smpai golden brown… 😊