Resipi Aiskrim Kesukaan Ramai, Siap Ada Filling Cream Cheese. Sekali Buat, Dapat 60 Batang!

Share

Resipi Aiskrim Kesukaan Ramai, Siap Ada Filling Cream Cheese. Sekali Buat, Dapat 60 Batang!

Sebut sahaja tentang Aiskrim Malaysia tentu ada yang terus terkenang memori ketika zaman kanak-kanak. Memang boleh dikatakan hari-hari akan makan aiskrim selepas pulang dari sekolah. Maklumlah harganya murah, 20 sen sahaja.

Namun jika ingin lebih puas hati, selalunya buat sendiri sahaja memandangkan tidak susah pun untuk membuatnya dengan pelbagai perisa seperti aiskrim milo, aiskrim asam, aiskrim bandung dan pelbagai lagi.

Pun begitu seiring peredaran masa, Aiskrim Malaysia dilihat begitu lebih bervariasi dan premium rasanya. Ini seperti mana perkongsian resipi aiskrim berperisa dengan filling cream cheese yang dikongsikan oleh Nurul Zainuddin.

Menurutnya disebabkan keenakan rasa aiskrim tersebut, aianya  mendapat permintaan ramai dan sekali gus  telah mendatangkan rezeki buatnya sekeluarga.

Aiskrim Berperisa Filling Cream Cheese

Bahan-bahan yang diperlukan :

2 tin susu cair

2 tin susu pekat

10 tin air masak

Sedikit garam dan gula

Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)

500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)

2 sudu susu pekat

Piping bag

Plastik untuk aiskrim jangan lupa

Cara-caranya :

1.Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.

2.Letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.

3.Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.

4.Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.

5.Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.

6.Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.

7.Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.

Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club