
Tentu ramai yang suka makan aiskrim. Jika boleh hari-hari nak menjamah pencuci mulut ini. Tapi tak kan nak beli hari-hari, hargapun mahal dan ada yang manis.
Jadi apa kata buat sendiri aiskrim di rumah. Mudah, sihat dan jimat. Malah rasa manis pun kita boleh kontrol. Jom cuba buat!
Resepi Aiskrim homemade.
Bahan-bahan
1.Susu cair 1 tin
2.Susu pekat 2sudu besar penuh (nak manis lagi boleh tambah)
3.Ovalet 1sudu besar
4.Milo 3 sudu besar nak letak lebih pun boleh lagi sedap.
Penyediaan:
Semua bahan-bahan tadi dikisar dengan pengisar selama 2 hingga 3 minit. Pastikan semua bahan-bahan ada termasuk ovalet yang akan membuatkan aiskrim mengebu.
Apabila sudah sebati. Simpan aiskrim dalam bekas kedap udara di bahagian sejuk beku.
Bagaimanapun, bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan susu.
Jika nak rasa lebih sedap, tabur coklat atau milo atas aiskrim. Memang macam di kedai!
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul SyifAa
Nak Hubungan Suami Isteri Sentiasa Dihargai & Rasa Istimewa. Amalkan Teknik Ni!

Suami isteri yang mampu mengekalkan hubungan mesra dan bahagia hingga hujung nyawa, nyata keduanya telah sama-sama berjuang untuk kekal bahagia.
Ini kerana untuk merasai bahagia dalam hubungan, ianya bukan usaha dari satu pihak sahaja.
Untuk itu, ketahui beberapa teknik yang boleh dilakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa istimewa dan tidak hambar.
Ini sebagaimana yang dikongsika oleh Muhammad Hassan untuk panduan bersama.
Apa yang patut kita lakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa rasa mahal. Lakukan teknik ini
Physical Touch
1. Peluk pasangan dari belakang.
2. Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
3. Picit hidung,gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
4. Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
5. Doa kebaikan dihadapan dia,biarkan dia dengar setiap doa kita .
6. Ketika pegang tangan,tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia,sayang hingga ke syurga.
Break the routine
1. Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
Jika sebelum ini isteri siapkan sarapan,apa kata esok pagi kita pula sediakan sarapan.
2. Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat subuh.
3. Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin,esok selepas subuh jemurkan .
4. Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri,cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki,picit picitkan kaki dia.
5. Sebelum ini tak pernah makan bersuap,minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan,minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
7. Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar,pilih tempat yang dia sukai.
6. Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan jalan. Pusing kampung,pusing taman pun dah cukup melegakan.
Nak tahu kesan dia?
Cuba buat sekarang tengok dalam beberapa hari. Pasti pasangan kita sangat teruja dengan teknik ini. Hubungan makin baik,isteri mula merasai dirinya dihargai,suami akan makin jatuh cinta.
CUBALAH .
sumber : EncikMatt
“Mirip Wajah Ibu Yang Melahirkan.” Dah Besar Makin Hensem, Wajah Terbaru Dua Anak Lelaki Ashraf Muslim Curi Perhatian!

Lama tidak melihat wajah-wajah anak-anak Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Walaupun berbeza ibu namun hubungan mereka cukup rapat.
Terbaru, pelakon ini memuatnaik gambar anak-anak lelakinya. Adam merupakan anak hasil perkahwinan bersama isteri kedua iaitu Wan Sakinah manakala Anas Pula adalah anak daripada isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana Lokman.


Jika diperhatikan kedua mereka memiliki raut wajah ibu mereka masing-masing.
Untuk rekod, Adam dan Anas kini sudah pun berusia 7 tahun. Adam yang merupakan anak Kedua daripada tiga beradik. Dia memiliki seorang kakak yang diberi nama Sarah Ashraf dan seorang adik perempuan. Manakala Anas pula merupakan satu-satunya anak tunggal.
Umum sedia maklum, sejak dahulu lagi hubungan antara Dayana dan Sakinah sangat baik. Bahkan ke mana sahaja atau apa jua aktiviti dilakukan bersama baik ketika ada Ashraf mahupun tidak.
Perkongsian Ashraf menerusi laman Instagramnya Itu nyata mendapat perhatian ramai.
Hero-hero ku ! Adam Ashraf dan Anas Ashraf.
Demikian tulis bapa kepada empat cahaya mata ini menerusi kapsyennya sambil memuatnaik sekeping gambar dua beradik ini.
Sumber: ashrafmuslim
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Kena Tahu 4 Teknik Agar Kita Bercakap dan Anak Mendengar Arahan

Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.
1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak
Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.
Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.
2) Elakkan salah faham
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.
Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.
3) Terus kepada mesej yang sebenar
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.
4) Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.
Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.
Sumber: www.excelqhalif.com