
Tak sah kalau tidak singgah membeli setiap kali melalui kawasan yang menjual air. Tambah-tambah lagi air kesukaan anak-anak. Walaupun mungkin sedap, tetapi hati-hati kerana air yang dibuat diluar sana lebih manis.
Buat ibu-ibu yang ingin memikat hati anak-anak supaya tidak membeli air diluar, apa kata anda sediakan sendiri di rumah. Lebih mudah, jimat dan paling penting dapat dikawal terutama sekali penggunaan bahan pewarna mahupun gula di dalamnya.
Jom cuba AirSunquick Ala Vitagen yang dikongsikan oleh Saleha Maarof.
Selamat mencuba.
AIR SUNQUICK ALA VITAGEN ANAK TAK BEREBUT MINUM ?
Opss, nanti dulu.
Kalau pun korang memang dah ramai yang tahu, sokay jee tau.
Sal kongsi resepi air sedap ni pada yang belum tahu keasyikkan air ni. lagi-lagi musim panas yang amat ni. Subhanallah terik kan.
Sekali sal try, anak anak kata, sedap nyaaa mama. Nak lagi nak lagi. Asben sal pun kata sedap laa. Eksaited laa sebab kita try jadi kan hehe.
Rasa pun best. Ikut citarasa tau kalau tak suka manis tu. Jangan kata air potong kaki lak. Terpotong bebetul nanti baru tau hehe.
Bahan bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara buat yang mudah.
1. Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.
2. Yang sal baca katanya masukkan susu dulu. Kacau bagi sekata elok.
3. Letak ais dulu, baru letak pati sunquick tu.
4. Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.
Siappp. Sedap minum time panas ni tau.
Sempena nak puasa ni sal bantu mak mak hidangkan air yang sedap buat sendiri untuk anak anak kita. Jadi jimat sikit duit takyah beli air kan hehe.
Ada jugak kata kalau buat air strawberry pun boleh ikut cara ni. Pun sedap dieorang kata. Korang try jela dulu k. Tak salah cuba.
Moga resepi mudah air ala ala vitagen ni boleh buat anak anak puas minum tak berebut tak cukup cukup kan beli 5pek tu hehe.
So sal izinkan korang share air sedap manis diminum ketika dahaga dan panas ni.
Selamat mencuba.
#SalKongsiResepiAirSedap
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Anak Akan Lebih Patuh Pada Kata-Kata Ayah. Ingat Tu & Sila Guna Sebaiknya Untuk Menegur Anak!

Suami isteri tentunya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza di dalam mendidik hatta menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Umumnya ibu dilihat sebagai guru yang penuh dengan kasih sayang dan suami pula karektornya lebih tegas seperti seorang guru disiplin.
Walau wujud perbezaan cara dan tindakan, suami mahu pun isteri perlu sama-sama menjalankan tugas untuk membimbing anak-anak. Namun jika ada yang beranggapan tugas mendidik dan memberi teguran sesuai diserahkan bulat-bulat pada isteri, ia sesuatu yang sangat merugikan!
Menurut Parenting Influencer Encik Mohd Fhais Salim, bahawa peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak-anak bila anak ada buat silap. Ini kerana ada beberapa perkara yang cukup istimewa ada pada seorang ayah dan jika tidak digunakan amatlah rugi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga (self-esteem)
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.
Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Sumber : Mohd Fhais Salim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Bagusnya Kanda Ni, Menyayangi & Memahami Anak Autisme.” Zarina Zainuddin Kongsi Sikap Humble Remy Ishak Layan Anaknya Dapat Pujian Netizen.

Isi Kandungan
ToggleBila menyebut nama Zarina Zainuddin, pasti ada yang menggagumi ketabahan ibu kepada empat orang anak ini. Gigih membesarkan anak kembarnya yang istimewa membuatkan pelakon ini menjadi idola kepada sesetengah ibu di luar sana.
Apa yang menariknya, Zarina tidak pernah menyembunyikan anaknya dari khalayak, justeru ke mana sahaja dia pergi termasuk mengadakan penggambaran drama, pasti anaknya, Azal akan turut hadir.
Dia yang selalu berkongsi cerita anak-anaknya di instagram termasuklah video dan gambar anaknya.
Dalam satu perkongsiannya di Instagram, Zarina mengimbas kembali kenangan ketika penggambaran sebuah drama bersama Remy Ishak. Pelakon Pujaan Hati Kanda ini digambarkan sebagai seorang pelakon yang cukup humble menerusi kaca mata Zarina.
Malah, dia amat berterima kasih kepada Remy atas layanan mesra buat anaknya itu.
“Bila lihat gambar ni teringat kat @remyishak masa shooting drama satu hari..
Remy mengusik cakap kat Azal awak kerja dengan abang Remy lah ya jadi p a abang ..Azal senyum dan berkata heiii tapi Azal p a to Zarina Zainuddin only ..
“Terus tersenyum remy untung akak ada anak syuga katanya.. Azal seorang anak yang jujur dan baik dia selalu mengalah untuk adik abang nya dia pandai bawa diri dia.
“Walau ke mana dia pergi untuk yang tak kenal Azal memang suka orang popular dan hafal semua nama-nama model, pelakon termasuklah ahli politik
#gambarkenangandiexposingapore
Thanks to remy ishak yang selalu humble,”tulis Zarina di instagramnya.
Akui Zarina lagi, bagi orang yang tidak mengenali anaknya itu, Azal memang sangat sukakan orang yang popular. Malah, dia turut menghafal nama-nama model, pelakon serta termasuk ahli politik.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha dan didikan Zarina atas anak-anaknya. Tidak ketinggalan yang menjadikan dia sumber kekuatan dalam menghadapi anak-anak istimewa mereka.
ayunashira Bkn semua berpeluang mcm akk @zarinazainuddin_…insyaallah…ade hikmahNya..akk sentiasa kene kuat semangat utk ank2..stay strong?
amiela_rose @zarinazainuddin_ akk inspirasi sy utk dlm penjagaan anak autism. ank sulung sy juga autism, byk belajar dr post2 akak utk handle anak autism ni. tq share good info ya kak.
bibkey alhamdulilah, ank syurga, beruntung pn zarina.
sharifahsariya A ah azal cute dn peramah walau dia anak istimewa…syg kak zarina azal azil sekeluarga
setcantiksemulajadi Azal anak soleh. Semoga sentiasa menyenangkan hati ibu ayah dan adik2 ya.
mamazuras Suka lah @azal_azraiabang @remyishak #pujaanhatikandapeluk dia mau azal x bagi org basuh baju tuu hihi @zarinazainuddin_
sajeina Alhamdulilah..azal mmg cerdik,dlu ada kwn kelas mcm azal,smemangnya cerdik dan pndai bwa diri.jgn pndang mrk sblah mata..wlpn mrk kekrgn,disbliknya mrk bjak pndai dan brdkari,plus sntiasa dkeliling org2 yg dsygi.smg kak @zarinazainuddin_ tbh dan cekal mbesarkn dorg?
zahindra Bagusnye kanda ni..menyayangi n memahami ank autisme.x mcm setengah org sombong n x mesra alam.✌
fina_slimdollz_ @zarinazainuddin_semoga azal sentiasa sihat Dan dilindungi Allah…begitu jg utk abgnya azil jg adik2 nya..Dan semoga jg keluarga Puan murah rezeki Dan dilindungi Allah…ingin nak jumpa azal.
Sumber: IG zarinazainuddin_
Suka ‘Push’ Anak, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Anggap Parenting Satu Eksperimen

Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018