Air katira original baunya harum dengan aroma daun pandan. Tanpa menggunakan sebarang pewarna tiruan, air katira sentiasa menjadi tumpuan ramai pada bulan Ramadan. Ada berbagai versi air katira namun air katira yang paling sedap dan mantap tentulah air katira versi Johor.
Resipi Air Katira Original, Harum Semerbak Bau Daun Pandan
Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat air katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat air katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI AIR KATIRA VERSI JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*untuk versi air katira abu bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml
Inilah katira.
Ads
Tak Perlu Guna Pewarna Tiruan
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
Ads
4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Ads
6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Setiap kali menggoreng ikan keli pasti kita akan berjaga-jaga. Mana taknya, jenis ikan yang satu ini kalau di goreng pasti meletup-letup ketika digoreng. Nak elakkan meletup dan terkena minyak yang panas, ramai daripada kita yang menggunakan tudung periuk sebagai perisai utama.
Anda sebenarnya boleh ncuba tiga petua nenek-nenek kita ni. Insyaallah ikan yang digoreng akan ‘diam’ sahaja hingga garing. Tak perlulah guna perisai lagi kala nak berperang di dapur. Jom cuba cara ni.
1. Tepung gandum
Sama ada lumurkan tepung gandum bersama dengan garam dan kunyit sebelum digoreng atau taburkan tepung gandum ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Kedua-dua cara ini berkesan untuk menghentikan ‘letupan’ ikan keli yang digoreng.
Selain daripada itu, dikatakan mencuci ikan dengan tepung gandum juga dapat menghilangkan rasa hanyir dan memberi rasa isi ikan yang lebih enak ketika
dimakan.
2. Halia
Gorengkan beberapa hiris halia terlebih dahulu di dalam minyak yang sama, sebelum menggoreng ikan. Kemudian gorenglah ikan keli seperti biasa.
3. Kulit Bawang
Kulit bawang dikatakan dapat membuatkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Malah juga dapat mengelakkan minyak daripada meletup ketika digoreng. Ketika goreng ikan keli, masukkan kulit bawang ke dalamnya dan biarkan sahaja hingga ikan garing.
4. Asam keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan mampu menghentikan kesan ikan keli yang digoreng daripada meletup. Caranya semasa ikan digoreng, masukkan dua atau
tiga keping asam ke dalam kuali.
Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan sehingga masak. Kaedah ini bukan sahaja selamat malah ikan yang dimasak lebih garing dan enak rasanya.
5. Garam kasar
Orang tua-tua ada juga berpesan untuk gunakan garam kasar untuk tujuan ini. Caranya cukup mudah, hanya masukkan beberapa biji garam kasar ke dalam minyak yang panas sebelum menggoreng ikan. Elok juga untuk dicuba mungkin helah ini berjaya mengatasi kesukaran saat menggoreng ikan keli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa boleh menolak kalau ada siput sedut masak lomak, kan? Makan dengan nasi panas ada lauk telur dadar sebagai tambahan pun dah cukup membangkitkan selera!
Bab nak makan semestinya no 1, tapi tak semua rajin nak siang siput sedut atau juga dikenali sebagai siput belitung ni. Nak potong hujungnya satu hal, nak basuh bagi bersih sebersihnya tu pun satu hal…
Pengguna Facebook Estos Felica berkongsi cara mudah dan menjimatkan mencuci haiwan ini yang diwarisi turun temurun daripada keluarga.
Tidak seperti kebanyakan petua, tip kali ini hanya menggunakan satu bahan dan pastinya bukan hampas kelapa.
PETUA MENCUCI SIPUT SEDUT/ SIPUT BELITUNG
Bahan-bahannya :-
Serai
Air paip
Langkah penyediaan :-
1. Bersihkan siput terlebih dahulu dan potong dua ruas dari belakang untuk memudahkan proses menyedut ketika makan nanti. Bilas ia beberapa kali.
2. Ambil serai dan ketuk ia menggunakan lesung.
3. Kemudian ramaskan serai di dalam air rendaman berisi siput siput tadi.
4. Biarkan siput terendam di dalam air berkenaan selama 15 hingga 30 minit sebelum dibersihkan.
“Cuba lihat gambar yang dikongsikan. gambar sebelum direndam ia berlendir. selepas direndam bau hanyir pun hilang. ini adalah petua turun-temurun keluarga saya,” kongsinya.
Siput ini bukan sahaja enak, malah ia juga kaya dengan pelbagai nutrien. Berikut adalah kelebihannya:
a)Ia adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan asid amino. Sumber protein yang murah berbanding daging.
b)Tinggi kandungan vitamin A dan C yang berupaya meningkatkan sistem imun.
c)Ia mengandungi folat yang sangat baik diambil ibu hamil dan bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
Sumber: Estos Felica
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mi goreng antara menu kegemaran yang menjadi pilihan ketika bersarapan mahupun makan malam. Nak nak lagi kalau cara gorengannya ala basah, pasti menarik selera untuk menjamahnya.
Untuk ibu-ibu yang nak dapatkan mi goreng basah yang cukup sedap, nah admin kongsikan resipi dari Ieda Roslida ini.
Bahan- bahan :
1 bungkus mi kuning- bilas & toskan.
10 ekor Sotong dibersihkan potong dan tos..
1 paket Fish ball dibersihkan potong dan tos
1 ikat Sayur sawi jepun dibersihkan potong dan tos..
1 biji tomato dibersihkan dan dibelah 6 ..
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar Kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan air putih
2 sudu besar minyak masak untuk menumis…
Bahan-bahan tumbuk
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara-cara :
Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.
Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
Masak dan kacau bagi sebati… masukkan sayur dan kacau-kacau lagi. Kemudian, masukkan mi kuning dan tomato… kacau bagi sebati dan masak.
Siap untuk dimakan
Tip: Masak mi goreng basah style cik ida ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap tu semua dah cukup. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...