Anda suka minum air jagung? waktu cuaca panas tengok warnanya pun dah membuatkan terliur kan.
Sebenatnya ada cara buat air jagung sedap yang anda boleh cuba. Tak perlu gunakan buah jagung sebenar pun. Hanya gunakan pati perisa jagung, dan campurkan beberapa bahan lain untuk menaikkan lagi rasanya.
Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai. Menurutnya, pemilik resipi asal air jagung sedap ini adalah Miya Aira. Buat banyak, simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk. Nak minum je, tambahkan lagi air batu. Atau minum macam tu je sejuk-sejuk. Minum sekali pasti ketagih nak lagi.
Bahan-bahan:
Pati perasa jagung (apa-apa brand pun boleh, janji pekat)
Susu pekat
Susu cair
Coffee mate (untuk rasa lebih berkrim. Kalau tak letak pun tak apa)
Sedikit gula (kalau suka)
Sedikit garam (sikit je, nak bagi rasa lemak-lemak lagi)
Sedikit pati sirap (nak cantikkan warna supaya oren-oren sikit)
Cara membuat:
▶️ Mula-mula masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
▶️ Kemudian masukkan pati perasa jagung.
▶️ Masukkan susu pekat.
▶️ Lepas tu masukkan susu cair.
▶️ Sebenarnya boleh agak-agak je bahan-bahan ni ikut kepekatan dan rasa manis air jagung anda.
▶️ Masukkan 3 sudu besar coffee mate untuk rasa lebih berkrim. Tapi kalau tak ada pun tak apa.
▶️ Kalau nak tambah lagi gula pun boleh kalau nak manis gula biasa.
▶️ Akhir sekali masukkan sedikit garam untuk naikkan lagi rasa lemak.
▶️ Kacau sehingga sebati, dan biarkan masak sampai mendidih dan berbuih.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
▶️ Tunggu sejuk sekejap, lepas tu masukkan dalam jug dan tambahkan air batu untuk dihidangkan.
Ads
Memang sedap, cukup rasa jagung, manis dan lemaknya. Nak lagi sedap, tambahkan jagung tin tu. Berketul-ketul jagung dalam tu lagilah nikmat. Tapi kalau anda jenis suka minum air je, tak letak jagung pun tak apa.
Mendidik dan membesarkan anak-anak pada zaman sekarang cukup mencabar. Lebih-lebih lagi sekarang. Kalau dulu tuga smengajar diserahkan pada guru disekolah, namun kini semuanya terletak dibahu ibu bapa.
Berhadapan dengan situasi ini, pasti terkesan buat ibu bapa. Terutama sekali apabila berhadapan dengan anak- anak degil dan tidak mahu dengar cakap.
Inilah antara masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar. Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan) Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja Mama PENAT masak Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukannya mudah sebenarnya menjaga ibu dan ayah yang telah berusia dan sakit. Seseorang anak itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Justeru bila ada salah seorang adik beradik yang direzekikan menjaga ibu ayah, jangan pula ada antara adik beradik lain hanya pandai mengarah itu dan ini kepada mereka. Malah jangan pula ada yang lepas tangan.
Sewajarnya cubalah selami kepayahan yang mereka hadapi setiap hari, sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan ‘penawar’ untuk lebih sabar dan sekali gus meringankan bebanan yang ditanggung.
Rezeki menjaga kebajikan ibu bapa ni tak semua anak dapat buat.
Ada anak sepuloh orang, yang mampu jaga mungkin sorang dua. Rezeki anak inilah yang dapat menjaga ibu bapanya. Samada secara rela atau paksa rela. Wallahualam.
Yang Kak Bee nak ‘highlight’ kat sini;
1. Jika kita tiada pengalaman menjaga ibu bapa yang sedang sakit, bed ridden dan sebagainya, elakkan dari memandai-mandai beri nasihat yang bakal mengguris hati penjaga (care taker).
2. Datang melawat dan mengajar-ngajar itu dan ini, begitu dan begini. Seperti kita sendiri pernah menjaga ibu bapa sendiri.
3. Menegur penjaga, kenapa tak beri makan ini? Pampers yang itu lebih bagus dari yang ini. Tak ambil nurse ke?
4. Adakah anda hulurkan du1t pada penjaga ini sebagai bantuan?
5. Pernahkah anda hadiahkan barang-barang keperluan kepada ibu bapa yang sedang sakit ini bagi mengurangkan bebanan mereka?
Selagi ANDA tidak merasa pengalaman menjaga kebajikan ibu bapa sendiri, anda belum layak untuk beri apa-apa nasihat kepada penjaga.
Penjaga hanya manusia biasa. Mereka punya hati dan perasaan. Lelah, penat, sedih bercampur-baur. Hormatilah mereka seadanya.
Perkongsian daripada Puan Asrimah Bakri di akaun fbnya tentang cara dia menyediakan 7 jenis pes dalam sehari, cukup mengujakan. Apa tidaknya, dengan memperuntukkan satu hari telah memudahkan urusannya memasak untuk sebulan.
Jika dilihat, sewajarnya cara yang sama juga harus kita lakukan untuk memudahkan urusan memasak apatah lagi bila mana jika ibu tersebut berkerja. Tersedianya stok pes yang pelbagai di dalam peti sejuk, pastinya menu yang kita sajikan setiap hari pelbagai dan menyelerakan dan paling menyeronokkan memasak selepas balik kerja bukan lagi tugas yang leceh dan memenatkan.
Untuk itu, jom kita ketahui bagaimana untuk menyediakan 7 pes tersebut.
SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan:
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji(hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara peyediaan:
Tumis semua serentak sampai pecah minyak & naik bau.
Masukkn asam jawa,garam,gula,perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)
Setelah siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,goreng bilis, masukkan sambal tumis.
Pes ASAM PEDAS
Bahan-bahan:
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1sudu besar halba(sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak,masukkan halba,serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau.
Masukkn pati asam jawa ,garam,gula,perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
Setelah siap,bekukan. Bila nak makan unfreeze, masukkan ayam/ikan, bendi ke tomato ke,air asam lagi(nama pun asam pedas,mestilah masam baru kaw)
PesTOM YAM merah
Bahan-bahan:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Segengam cili kering(tak perlu rebus,terus masukkan dalam blender)
Cili api 10 biji(optional)
Lengkuas 1 inci
Halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai *blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara penyediaan:
Tumis semua bahan yang telah dikisar.
Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula dan perasa 1 sudu(saya guna maggie uckup rasa ganti kiub).
Bila siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,didihkan air dalam periuk, masukkan ayam/daging/seafood ke,sayur-sayur,tabur daun ketumbar(wajib).
Ekstra Tip : Jika nak tomyam yang betul-betul pekat,blender tomato jadikan pes kemudian masukkan dalam tomyam. Manakala jika hendak buat tonyam kungfu masukkn susu pekat F&N 3 sudu.
PesTOM YAM putih
Bahan-bahan:
Bawang merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili api 10 biji(tetak)
Lengkuas 1 inci
Halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai *blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara penyediaan:
Tumis semua bahan yang telah dikisar.
Kemudian tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
Kemudian baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).
Setelah siap, bekukana. Bila nak makan unfreeze ,didih air dalam periuk masukkan pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).siap Ekstra tips:klu nk tomyam kaw masukkn susu pekat fn 3 sudu.
RENDANG ayam
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara penyediaan :
Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
Masukkan santan,garam,gula,perasa,daun limau purut dan daun kunyit.
Apabila siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air secawan. Kemudian masukkan ayam,masak sampai kering dan ayam empuk.
Pes SUP
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah *blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
Kemudian masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah sup yang dibancuh dengan sdikit air,tumis lagi 2 minit,garam,gula,perasa.
Apabila siap,bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air seperlunya,masukkan ayam,sayur-sayur.
Pes KARI
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning. *blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
1 sudu halba
Cara penyediaan:
Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan,halba.
Kemudian masukkan bahan yang dikisar, dan tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air,tumis lagi 2 minit,siap.
Kemudian bekukann. Bila nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air dan asam jawa seperlunya, masukkan ayam dan sayur-sayuran jika perlu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...