Makan

Resipi Agar-Agar Santan, Hirisan Kelapa Muda Buat Lagi Bertambah Sedap

Share

Menu agar-agar sering menjadi kegemaran ramai tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Terdapat belbagai variasi agar-agar salah satunya ialah agar-agar santan. Enak dimakan sejuk walaupun nampak ringkas dan mudah, bila dibuat, kadang-kala tidak menjadi juga.

Kalau mak-mak bercadang hendak mencuba masak agar-agar santan, anda boleh cuba buat mengikut resipi seperti yang dikongsikan oleh  Anisah Connie. Siap ada hirisan isi kelapa muda di bahagian atas agar-agar. Memang lain dari yang lain.

Resipi Agar-agar Santan

BAHAN LAPISAN BAWAH:

1/2 pek agar-agar tali (6gm)
6 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
300ml santan pekat
300 ml air

CARA MEMASAK LAPISAN BAWAH:

1. Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih,baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur.

2. Kemudian masukkan gula bersama garam. Kacau lagi.

3. Bila seudah sudah sebati, tutup api dan biar suam barulah ditambah santan dan kacau manja.

4. Tuang adunan lapisan bawah ini ke dalam bekas dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

BAHAN LAPISAN ATAS:

10 helai daun pandan
1/2 cawan air
2 biji isi kelapa muda
4-6 sudu makan gula
1/2 agar agar tali (6 gm)
350 ml air

CARA MEMASAK LAPISAN ATAS:

1.Kisar daun pandan bersama air. Tapis dan ambil jusnya. Ketepikan.

2. Didihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati.

3. Tambahkan jus pandan, gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.

4. Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.

5. Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah. Kemudian barulah tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.

6. Biarkan di suhu ruang sekitar 30 minit dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan agar-agar dalam anggaran masa 2-3 jam.

7. Agar-agar santan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Anisah Connie

Artikel berkaitan: Resipi Agar-agar Pandan Santan, Elok Cantik Nampak Macam Lumut, Ini Cara Buatnya

Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Peach, Rasa Masam Manis Memang Sedap Dan Mudah Nak Buat.

Agar-agar Buah, Tengok Pun Nampak Sedap. Buatnya Pun Mudah!