Resipi Agar-agar Pandan Santan, Elok Cantik Nampak Macam Lumut, Ini Cara Buatnya

Share

Rupa berlumut agar-agar

ini memang mampu menarik perhatian untuk menikmatinya. Mak-mak yang buntu nak masak apa untuk menu pencuci mulut, bolehlah cuba resipi agar-agar pandan santan.

Agar-agar pandan santan rasanya lemak-lemak manis tapi tidaklah sampai muak. Pendek kata bila makan, rasanya sedang-sedang elok sahaja. Menggunakan daun pandan, aroma agar-agar pandan santan harum semerbak dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya.

RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

BAHAN-BAHAN:

(Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200 ml santan
1 biji telur
125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)

Elok Cantik Nampak Macam Lumut, Ini Cara Buatnya

CARA MEMBUAT:

1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.

 

Air pandan yang sudah siap dikisar.

2. Kacau sebati 200 ml santan  dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.

3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.

 

4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.

5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.

6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.

7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!

Agar-agar pandan santan ini memang layan kalau makan sejuk-sejuk. Kalau cuaca panas, memang sedap je ‘lalu’ ditekak. Pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Sumber kredit: Muhammad Ali